TAHAP PEMAHAMAN, PENGHAYATAN DAN PENGAMALAN JATI DIRI BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN RAKYAT MALAYSIA (The Level of Understanding, Appreciation and Practice of Identity of the Malay Language among Malaysians Citizen)

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, SHAMSUDIN OTHMAN, ALIZAH LAMBRI, HADI HASSAN

Abstract


Abstrak: Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap jati diri Bahasa Melayu dalam kalangan 50 orang warganegara Malaysia dalam pelbagai kaum. Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman, penghayatan dan pengamalan jati diri bahasa Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia dalam sektor pendidikan. Setiap kaum merangkumi 10 orang sebagai responden kajian. Responden tersebut dipilih secara rawak mudah dalam pelbagai latar belakang sosial, pekerjaan, taraf pendapatan, kawasan bandar dan luar bandar merangkumi pelbagai aspek segenap rakyat Malaysia.  Instrumen soal selidik digunakan untuk pengumpulan data. Instrumen dibangunkan oleh pengkaji yang mempunyai tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi, iaitu 0.73 Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 23.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa setiap warganegara Malaysia yang mewakili pelbagai kaum tetap kekalkan jati diri Bahasa Melayu mereka. Tahap penghayatan dan pengamalan Bahasa Melayu berada pada tahap masih kekal jati diri. Kaum Cina India, Bumiputera Sabah dan Sarawak paling kurang tahap pemahaman, penghayatan dan pengamalan jati diri Bahasa Melayu berbanding kaum yang lain dalam sektor pendidikan.  Kaum Melayu pula merupakan kaum yang paling tinggi tahap jati diri Bahasa Melayu dalam ketiga-tiga aspek yang dikaji. Implikasi kajian ini adalah penekanan kepada penggunaan Bahasa Inggeris dalam semua aktiviti seharian baik dari segi lisan dan tulisan bahasa Inggeris oleh pelbagai pihak, sedikit sebanyak mempengaruhi tahap jati diri Bahasa Melayu dari segi pemahaman, penghayatan dan pengamalan Bahasa Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kata kunci: Pemahaman, penghayatan, pengamalan, jati diri, rakyat Malaysia.

Abstract: This study aims to identify the identity of Malay language among 50 Malaysians in various races. In Particular, this study aims to identify the level of understanding, appreciation and practice of identity of the Malay language among Malaysians in the education sector. Each race consists of 10 persons as respondents. Respondents were selected randomly in various social background, occupation, income level, urban and rural areas, covering various aspects of all Malaysians. Questionnaire was used for data collection. Instruments developed by researchers with high levels of validity and realibility high at 0.73 Data were analyzed by descriptive and inferential using the Statistical Package for Social Sciences (SPSS) version 23.0. The findings showed that every citizen representing various races still retain their Malay identity. The level of appreciation and practice of English at the level still remained identity. Chinese, Indian, Bumiputera Sabah dan Sarawak least the level of understanding, appreciation and practice of Malay identity than the others in the education sector. The Malays also represents the highest level of Malay identity in all three aspects. The implication of this study is its emphasis on the use of English in all activities day in terms of both spoken and written English used by the various parties has little influence on the identity of the Malay language in terms of understanding, appreciation and practice of language Malay among Malaysian citizens.

Keywords: Understanding, appreciation, practice, identity Malaysia.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.