SIKAP, MOTIVASI DAN PELAKSANAAN STRATEGI THINK-PAIRE-SHARE DALAM PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (Attitude, Motivation and Implementing Strategi of Think-Pair-Share in Teaching Writing Skills among Malay Language Teacher at Primary School)

CHEW FONG PENG, NUR ATIKAH ALI JINAH

Abstract


Abstrak: Kajian ini bertujuan mengenal pasti pelaksanaan strategi Think-Pair-Share dalam kemahiran menulis dalam kalangan guru Bahasa Melayu di beberapa buah sekolah rendah di sekitar daerah Yan, Kedah. Secara khususnya, kajian ini mengenal pasti sikap dan motivasi guru-guru terhadap pelaksanaan strategi Think-Pair-Share serta pelaksanaan strategi itu sendiri dalam kemahiran menulis. Selain itu, kajian ini juga dilakukan bagi melihat hubung kait antara sikap dan motivasi guru terhadap pelaksanaan strategi Think-Pair-Share. Sampel kajian ini terdiri daripada 67 orang guru Bahasa Melayu di beberapa buah sekolah. Instrumen soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat bagi mencapai matlamat kajian. Data yang diperoleh tersebut kemudiannya dianalisis dengan menggunakan perisian komputer program Statistical Packages for the Social Science (SPSS) Version 25.0 bagi menganalisis data dengan statistik deskriptif dan inferensi. Hasil kajian menunjukkan bahawa sikap guru-guru Bahasa Melayu adalah positif serta bermotivasi tinggi dalam melaksanakan strategi Think-Pair-Share dalam pengajaran penulisan Bahasa Melayu. Tambahan lagi, kajian ini juga mendapati adanya hubungan yang signifikan antara sikap dan motivasi guru dengan pelaksanaan strategi Think-Pair-Share. Kesimpulannya, sikap dan motivasi guru memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan strategi Think-Pair-Share dalam pengajaran kemahiran menulis Bahasa Melayu.

Kata Kunci: Bahasa Melayu, guru, motivasi, sikap, Think-Pair-Share

Abstract: The aim of this research is to identify an implementation strategy of Think-Pair-Share in term of writing skills among Malay Language teachers in some primary schools around state of Yan, Kedah. Essentially, the research will develop attitudes and motivation of the teachers towards the implementation and outcomes of the strategy. Regarding on a sample of the research, it consists with 67 of Malay Language teachers in few schools. Instrument of question is used to gain information to achieve a purpose of the research. All information will be analysed by using computer programme Statistical Packages for the Social Science (SPSS) version 25.0 for data analysing by ysing descriptive and inference statistics. The result of this research shows attitude of Malay Language teachers is positive & highly motivated in implementing Think-Pair-Share strategy for writing lesson. Furthermore, the result states that there is a significant relationship between attitude and motivation of teachers in this strategy. In conclusion, attitude and motivation of teachers obviously play an important role in the implementation of Think-Pair-Share strategy in Malay Language writing lesson.

Keywords: Malay Language, teachers, motivation, attitude, Think-Pair-Share


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.