STRATEGI PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN MENULIS DALAM KALANGAN PELAJAR ETNIK CINA DAN INDIA KETIKA BELAJAR BAHASA MELAYU (Learning Strategy in Listening and Writing Skills among Chinese and Indian Ethnic Student when Learning of Malay Language)

ROZANA JAAFAR

Abstract


Abstrak: Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti strategi pembelajaran bahasa Melayu yang kerap digunakan oleh pelajar etnik Cina dan Indiaberdasarkan kemahiran mendengar dan menulis.  Seramai 234 orang pelajar etnik Cina dan India tingkatan 4 dari 10 buah sekolah menengah di Daerah Hulu Langat, Selangor dipilih sebagai sampel kajian. Pemilihan sampel adalah secara persampelan rawak berstrata.Soal selidik digunakan sebagai alat kajian.  Soal selidik tersebut menggunakan skala Likert 5 mata dan terbahagi kepada dua bahagian.  Bahagian A terdiri daripada maklumat demografi responden dan Bahagian B melibatkan strategi pembelajaran kemahiran mendengar dan menulis. Data soal selidik ini dianalisis menggunakan perisian Statistic Package for the Social Science versi 22.0 untuk mendapatkan data deskriptif.  Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar etnik Cina dan India ini menggunakan pelbagai strategi pembelajaran bahasa Melayu berdasarkan kemahiran mendengar dan menulis berada pada tahap tinggi. Hal ini membuktikan bahawa pelajar etnik Cina dan India menggunakan pelbagai strategi pembelajaran kemahiran mendengar dan kemahiran menulis ketika belajar Bahasa Melayu.  Oleh itu, guru Bahasa Melayu perlu menggalakkan pelajar menggunakan pelbagai strategi pembelajaran kemahiran mendengar dan menulis supaya dapat membantu mereka untuk menguasai kemahiran bahasa dengan lebih baik dan seterusnya memperoleh pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan.

Kata Kunci: Strategi pembelajaran bahasa, bahasa Melayu, pelajar cemerlang, kemahiran mendengar, kemahiran menulis, kemahiran bahasa.

Abstract: This study aims to identify the Malay language learning strategy frequently used by learners based on listening skills and writing skills.  A total of 234 students of Chinese and Indians form four in ten secondary schools in the District of Hulu Langat, Selangor was selected as samples.  The selection of the sample is stratified random sampling.  Survey instruments used as research tools.  The questionnaire using Likert scale of five points and is divided into two parts.  Two parts that need to be filled in by the respondents, namely section A comprising the demographic information of the respondents and part B involving strategies learning listening skills and writing skills.  This questionnaire data analyzed using Statistic Software Package for the Social Science (SPSS) version 22.0 to obtain descriptive data.  The result of this research shows that learners use Malay learning strategy based on listening skills at high level.  In addition, the results showed Malay language learning strategies among excellent students based on writing skills are at a high level. It is proven that excellent students using diversity in Malay learning strategy based on listening skills and writing skills.  Therefore, teachers should encourage  students to use a variety of language learning strategies in particular listening skills and writing strategies in order to help them to capture better language skills and beyond acquire excellent achievement in the examination.

Key Words: Language learning strategies, Malay language, excellent students, listening skills, writing skills, language skills.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.