Persepsi Pelajar Terhadap Aplikasi Perisian Multimedia dalam Pembelajaran KOMSAS Bahasa Melayu Tingkatan 1

Nur Aisyah Mohamad Noor, Zamri Mahamod, Afendi Hamat, Mohamed Amin Embi

Abstract


Kajian ini dijalankan bagi meninjau persepsi murid Tingkatan 1 terhadap perisian Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) berasaskan multimedia bagi tajuk novel Istana Menanti. Novel tersebut merupakan teks sastera baru dalam komponen sastera (Komsas) bagi memenuhi sukatan pelajaran baru Bahasa Melayu yang bermula pada tahun 2010. Bahan PPBK ini menggunakan pendekatan tutorial berdasarkan model Hannafin dan Peck yang diintegrasikan dengan model ASSURE sebagai model reka bentuk bagi mewujudkan proses pembelajaran yang efektif dan kreatif. Kajian ini melibatkan seramai 122 orang murid Tingkatan 1 dari tiga buah sekolah menengah di daerah Muar, Johor. Dapatan kajian dipungut menggunakan soal selidik dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Hasil kajian menunjukkan responden bersetuju bahawa perisian PPBK yang dibangunkan memenuhi keperluan mereka dalam proses pembelajaran novel. Murid dapat mengikuti pembelajaran secara menyeluruh tanpa bergantung kepada guru. PPBK ini juga telah meningkatkan motivasi mereka untuk menguasai hasil pembelajaran serta meningkatkan pemahaman mereka terhadap elemen sastera dalam pembelajaran Bahasa Melayu.

Kata kunci: Interaktif, motivasi, proses pembelajaran, komponen sastera, Bahasa Melayu


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.