Multimedia Interaktif Mempertingkatkan Pembelajaran Kemahiran Mambaca Murid-murid PROBIM

Abdul Rasid Jamian, Norhashimah Hashim, Shamsudin Othman

Abstract


Kajian ini bertujuan memperoleh dapatan tentang penggunaan multimedia interaktif terhadap kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid Program Bimbingan Membaca dan Menulis (PROBIM). Responden kajian terdiri daripada 40 orang murid tingkatan satu di empat buah sekolah menengah di Kedah. Kajian telah dijalankan dengan menggunakan soal selidik berskala Likert 5 mata. Soal selidik telah dihantar ke sekolah yang mempunyai murid-murid yang mengikuti PROBIM. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan multimedia interaktif dalam meningkatkan prestasi kemahiran membaca memperoleh min yang positif iaitu 4.03 (SP=.55). Seterusnya dapatan dari segi penggunaan multimedia interaktif membantu mewujudkan iklim pembelajaran yang aktif memperoleh min 4.32 (SP = 46). Di samping itu juga responden menyatakan bahawa multimedia interaktif adalah bahan bantu mengajar yang berkesan memperoleh min 4.24 (SP= .47). Kesimpulannya, menunjukkan bahawa penggunaan  multimedia interaktif dalam pembelajaran kemahiran membaca amat berkesan dan berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan.

 

Kata kunci: Pengajaran dan pembelajaran, pembelajaran kemahiran membaca, multimedia interaktif, pembelajaran menyeronokkan


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.