Teknik 'SALAK" dalam Menjana Idea Membina Ayat dengan Cepat dan Efektif

A. Rahman Haron, Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Sharifah Nor Puteh, Jamaludin Badusah

Abstract


Teknik SALAK diperkenalkan kepada murid tahun satu untuk melihat keberkesanan mereka dalam membina ayat berdasarkan grafik yang diberi dengan pendekatan didik hibur. SALAK adalah akronim daripada perkataan (S) bagi ‘Siapa’, (A) bagi ‘Aktiviti’, (L) bagi ‘Lokasi’, (A) bagi ‘Alatan’ dan (K) merujuk kepada ‘Keterangan’. Reka bentuk penyelidikan berdasarkan kajian ke atas murid-murid tahun satu di empat buah sekolah  dalam daerah Hulu Langat, Selangor. Dapatan kajian menunjukkan  terdapat 8 jenis ayat yang boleh dibina dengan teknik ini. Ayat yang dibina tidak kelihatan stereotaip antara satu ayat dengan ayat yang lain. Ayat yang dibina beransur maju daripada mudah hinggalah kepada ayat yang lebih kompleks. Murid tahun satu daripada pelbagai tahap sama ada aras lemah, sederhana dan cemerlang boleh mengaplikasikan teknik ini untuk membina ayat dengan cepat dan efektif.

Kata kunci: keberkesanan, didik hibur, akronim, stereotaip dan mengaplikasikan


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.