Kesan Pendekatan Pembelajaran Masteri terhadap Pencapaian Kemahiran Membaca Bahasa Melayu Murid Pemulihan Sekolah Rendah

Abdull Sukor Shaari, Kalaidevi A/P Aplanaidu

Abstract


Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesan Pendekatan Pembelajaran Masteri terhadap pencapaian dalam kemahiran membaca murid pemulihan di sekolah rendah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen dengan menggunakan  ujian pra dan pasca kepada 60  murid pemulihan yang mempunyai tahap pencapaian yang rendah di dua buah sekolah luar bandar di Kedah. Sampel kajian sekolah A dipilih sebagai Kumpulan Eksperimen manakala sampel kajian sekolah B sebagai Kumpulan Kawalan.  Dapatan  kajian  dianalisis  menggunakan  Statistic  Packages  for  Social  Sciences Version  16.0  for Windows  (SPSS). Analisis statistik inferensi menggunakan ujian-t digunakan untuk membandingkan min-min pencapaian murid kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Berdasarkan analisis ujian-t kumpulan eksperimen yang diajar dengan menggunakan pendekatan masteri menunjukkan skor penguasaan yang lebih tinggi dalam kemahiran membaca jika dibandingkan dengan kumpulan kawalan yang diajar dengan menggunakan pendekatan konvensional.

Kata kunci: pendekatan pembelajaran masteri, kemahiran membaca, pemulihan, kuasi eksperimen, Bahasa Melayu


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.