Persepsi Pensyarah terhadap Penerimaan Pelajar Asing dalam Teknik Pengajaran Kemahiran Bertutur Bahasa Melayu

Siti Saniah Abu Bakar, Adenan Ayob

Abstract


Kajian ini dijalankan untuk meninjau persepsi pensyarah terhadap penerimaan pelajar asing dalam teknik pengajaran kemahiran bertutur Bahasa Melayu yang digunakan. Data diperoleh berdasarkan temu bual yang dilakukan terhadap 10 orang responden yang terdiri daripada pensyarah di institusi pengajian tinggi awam dan swasta.Dapatan kajian menunjukkan terdapat 10 teknik pengajaran yang digunakan oleh responden yang ditemu bual iaitu penggunaan multimedia, penggunaan gambar, berstruktur, pengajaran berulang, pengayaan kosa kata, hafalan, teknik sintaksis, latihan dan pembentangan. Kesemua teknik yang digunakan diminati oleh pelajar namun, terdapat 3 teknik yang tidak diminati oleh sebahagian pelajar iaitu teknik pengayaan kosa kata, latihan dan pembentangan.

Kata kunci: Kemahiran bertutur, Bahasa Melayu, persepsi, minat, pelajar asing, teknik pengajaran.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.