Tahap Kemahiran Metakognitif Murid Tingkatan Empat dalam Pmbelajaran Bahasa Melayu

Nur Aisyah Mohamad, Zamri Mahamod

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kemahiran meta kognitif pelajar tingkatan empat ketika mempelajari Bahasa Melayu. Seramai 299 pelajar tingkatan empat di lapan buah sekolah menengah kebangsaan dan agama di daerah Pasir Mas, Kelantan dijadikan responden kajian. Pelajar dipilih secara rawak mudah. Soal selidik digunakan bagi mengumpul data. Data dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai peratusan, min, sisihan piawai dan tahap meta kognitif murid. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar memiliki kemahiran meta kognitif yang tinggi dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Pelajar menggunakan kemahiran memantau, menilai dan regulasi ketika mempelajari Bahasa Melayu. Dengan kesedaran kemahiran meta kognitif yang tinggi, secara tidak langsung menarik minat pelajar untuk belajar Bahasa Melayu dan seterusnya meningkatkan pencapaian Bahasa Melayu mereka. Oleh itu, setiap guru Bahasa Melayu perlu mengeksploitasi kemahiran meta kognitif pelajar supaya mereka berminat dan bermotivasi untuk mempelajari Bahasa Melayu.

Kata kunci: Kemahiran meta kognitif, memantau, menilai, regulasi kendiri, mata pelajaran Bahasa Melayu


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.