TAHAP KEMAHIRAN GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH DALAM MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH BERDASARKAN JANTINA, OPSYEN DAN TEMPAT MENGAJAR (Level of Malay Language Secondary School Teacher in the Implementation School Based Assessment Towards Gender, Option and Teaching Location)

Aniza Ahmad, Zamri Mahamod

Abstract


Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan mengenal pasti sejauh manakah tahap kemahiran guru-guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS) agar pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah dapat memenuhi aspirasi yang diharapkan oleh pihak kementerian. Selain itu, kajian ini juga melihat perbandingan tahap kemahiran guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan PBS berdasarkan jantina, tempat bertugas dan opsyen guru melalui kaedah ujian-t. Satu set soal selidik yang mengandungi 39 soalan telah diedarkan kepada 140 orang guru mata pelajaran Bahasa Melayu di 20 buah sekolah menengah di daerah Kota Tinggi. Data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan perisian komputer  melalui program Package For The Social Sciences SPSS Version 19.0. Statistik yang digunakan ialah statistik deskriptif yang melibatkan frekuensi, skor min dan peratusan, manakala statistik inferensi melibatkan ujian-t bagi menjawab kesemua persoalan kajian. Kajian rintis digunakan untuk mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen borang kaji selidik untuk memperoleh nilai alpha (a) Cronbach). Nilai a berada pada tahap sangat tinggi (a=>90) secara keseluruhan bagi setiap item dalam borang kaji selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu mempunyai kemahiran pada tahap nilai min yang tinggi dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Dari segi perbandingan didapati bahawa  tidak terdapat perbezaan yang signifikan p>0.05 antara tahap kemahiran guru-guru Bahasa Melayu menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan p>0.05  dengan faktor jantina, opsyen dan tempat guru mengajar terhadap pelaksanaan PBS. Oleh itu, tahap kemahiran yang tinggi guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dapat membantu pihak kementerian untuk melaksanakan pentaksiran baharu dalam pendidikan.

Kata Kunci: Pentaksiran berasaskan sekolah, kemahiran guru, Bahasa Melayu

 

Abstract: This study aims to examine and identify level of skills Malay teachers in implementing the School-Based Assessment (PBS ) to an assessment carried out by teachers in the school can meet the desired aspirations by the ministry. This study also looked comparative level of skills for the implementation of PBS Malay language based on gender, place of work and options guru on a test - t. A questionnaire containing 39 questions was distributed to 140 teachers of subjects Malay in 20 schools in the district of Kota Tinggi. The data was analyzed using a computer program, Package For The Social Sciences SPSS Version 19.0. Statistics used were descriptive statistics involving frequencies , mean scores and percentages and inferential statistics involving the t-test to answer the research question. The pilot study was used to obtain the validity and reliability of the questionnaire instrument to obtain the Cronbach alpha (a ). The value of a stay at a very high level (a = > 90 ) overall for each item in the questionnaire. The results showed the Malay language teachers have the skills at the level of the mean value in the conduct of School Based Assessment. In terms of comparison found that there was no significant difference p <0.05 between teacher skills Malay with gender, options and teachers teach to the implementation of PBS. The level of skills that high Malay teachers on the implementation of the School-Based Assessment will help the ministry to carry out a new evaluation in education.

Keywords: School based assessment, teacher skill, Malay Language 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.