PELAKSANAAN PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI (LINUS) DI SEKOLAH RENDAH (The Implementation of Literacy and Numeracy (LINUS) Program at Primary School)

Chew Fong Peng

Abstract


LINUS ialah program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di sekolah rendah seluruh negara untuk meningkatkan tahap literasi dan numerasi murid-murid tahun 1 hingga 3. Kajian ini bertujuan untuk meninjau penilaian LINUS yang dilaksanakan sejak tahun 2010. Teori Piaget (1936) diaplikasikan dalam kajian ini. kaedah tinjauan dijalankan terhadap 120 orang murid dari tiga jenis sekolah yang berbeza, iaitu Sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Kajian menunjukkan bahawa murid-murid berasa seronok terhadap program LINUS yang dilaksanakan.  Mereka mendapati bahawa guru-guru LINUS mengajar dengan cara yang menyeronokkan dan menggunakan bahasa yang mudah difahami, kelas LINUS membolehkan murid-murid menguasai kemahiran membaca dan menulis, guru LINUS cenderung untuk mengaplikasikan teknik berkumpulan dan permainan dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru lebih gemar menggunakan komputer, gambar dan video di dalam kelas LINUS. Dengan kata lain, pelaksanaan program LINUS menampakkan hasil dengan sambutan yang positif dalam kalangan murid.  Oleh itu, program LINUS harus diteruskan dengan memperoleh sokongan padu daripada ibu bapa dan masyarakat supaya keberkesanannya lebih menonjol dalam usaha melahirkan generasi muda yang boleh membaca dan menulis dengan cepat.

Kata kunci:  LINUS, sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, ICT


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.