KESAN LORONG BELAKANG RUMAH KEDAI DALAM KONSEP PERBANDARAN DI MALAYSIA

I. M. S. Usman, R. Rofiei, M. F. M. Zain, N. M. Tawil, A. I. Che- Ani

Abstract


Rumah kedai merupakan salah satu daripada unsur penting seni bina di Malaysia. Ianya telah wujud sejak zaman penjajahan dan kebanyakannya masih wujud sehingga ke hari ini. Rumah kedai telah mengalami perubahan seiiring dengan kehendak semasa serta kehendak setempat. Unsur-unsur rumah kedai seperti fasad, ukiran, rekabentuk, susun atur, dan tipologi berubah mengikut peredaran zaman. Walaubagaimanapun, terdapat satu unsur yang penting pada rumah kedai yang tidak mendapat perhatian yang sepatutunya iaitu lorong belakang. Kebanyakan orang awam menyedari kewujudan lorong belakang namun tidak memahami fungsi serta kesan lorong belakang terhadap aspek perbandaran negara. Walaupun lorong belakang merupakan kehendak utama dalam perbandaran, ianya dilihat seperti terabai. Oleh itu penulisan ini hendak mengungkap kesan lorong belakang rumah kedai terhadap aspek perbandaran di Malaysia agar rasionalisasi kewujudannya dapat dinilai semula.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.