IDENTITI RUMAH TRADISIONAL NEGERI SEMBILAN MELALUI EVOLUSI REKA BENTUK

Noor Hayati Ismail, Mastor Surat, Raja Nafida Raja Shahminan, Shahrul Kamil Yunus

Abstract


Kajian ini merupakan kajian perubahan, reka bentuk dan evolusi yang berlaku pada rumah tradisional Negeri Sembilan. Keunikan reka bentuk rumah tradisional Negeri Sembilan melambangkan masyarakat Adat Perpatih yang diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan. Reka bentuknya telah diasimilasikan dengan budaya tempatan mengikut kesesuaian persekitaran, sejarah, pengaruh budaya dan adat resam mewakili pelbagai maksud dan terbentuknya identiti tersendiri. Pengabungan reka bentuk senibina Minangkabau dan senibina bumbung panjang menjadikan satu  identiti bangunan rumah tradisional Melayu Negeri Sembilan dengan sedikit  melentik  di hujung bumbung, mempunyai bumbung bertingkat antara atap bumbung rumah ibu.  Namun, reka bentuk bumbung ini telah dianggap bergonjong  dan di katakan rumah Minangkabau. Kajian evolusi dan reka bentuk yang membina identiti rumah tradisional di Negeri Sembilan di buat melalui kajian reka bentuk rumah gadang di Sumatera Barat dan rumah tradisional di Negeri Sembilan.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.