KAEDAH PENERAPAN IDENTITI SENIBINA KEATAS BANGUNAN TINGGI

I.M.S. Usman, M.K.A. Mat Sulaiman, Hanif Kassim

Abstract


Kajian ini berkaitan dengan penelitian bagaimana untuk menerapkan identiti senibina kepada bangunan pencakar langit. Kajian ini diteliti kerana ingin melihat bagaimana cara pengadaptasian sesuatu identiti senibina setempat yang boleh diadaptasikan kepada bangunan tinggi. Pelbagai isu timbul kebelakangan ini dimana bangunan tinggi di Malaysia terutamanya belum menampakkan satu identiti yang padu untuk dijadikan kaedah atau instrumen bagi pengamal senibina di Malaysia. Kajian Kes dilakukan keatas cara arkitek terdahulu seperti Kenzo Tange mengambil pendekatan terhadap senibina tradisional Jepun kedalam senibina bangunan pada zamannya dengan berjaya. Kajian ini juga melihat beberapa contoh bangunan di Malaysia yang menggunakan unsur- unsur metafora dan 'metabolism' melalui objek objek yang berkait dengan nasionalisma. Mengetahui ciri- ciri yang terdapat pada identiti senibina Malaysia dan Rumah Melayu yang telah mencapai kesempurnaan pada senibina setempat mungkin menjadi sumber terbaik bagi kita dalam mendapatkan kaedah penerapan yang seharusnya dipraktikkan di Malaysia. Diaharap kajian ini akan membantu serba sedikit memberi gambaran kepada projek studio senibina 2 bagi projek bangunan pencakar langit serta sedikit maklumat bagi pengamal senibina dan ahli pengkaji mengetahui bagaimana untuk kita mengadaptasikan identiti senibina pada sesebuah bangunan tinggi.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.