Faktor Luaran dan Dalaman yang Mempengaruhi Harga Rumah Teres Di Bandar Baru Bangi

N. Hamzah, M.A. Khoiry, M.A.M. Ali, N.S Zaini, I. Arshad

Abstract


Kenaikan harga rumah di kawasan utama di Malaysia telah menjadi kebimbangan kepada para pembeli rumah terutama di bandar membangun, Bandar Baru Bangi turut menerima tempiasnya. Sehubungan dengan itu kajian ini membincangkan faktor luaran dan dalaman yang mempengaruhi harga rumah teres dua tingkat di Bandar Baru Bangi. Data dan maklumat yang diperoleh adalah daripada hasil kajian dari maklumbalas responden yang terdiri daripada pemaju perumahan. Dapatan kajian yang digunakan ialah melalui kajian perpustakaan dan soalan soal selidik. Data yang diperolehi melalui soal selidik kajian ini, dianalisa dengan mengunakan perisisan iaitu Statistical Package For Social Science (SPSS) 17.0 dan Microsoft Excel. Kaedah analisis min/purata dan indeks kepentingan relatif (RII) dijalankan bagi kajian ini. Daripada hasil kajian, didapati bahawa faktor luaran yang tidak dapat dikawal oleh pemaju perumahan telah memonopoli punca utama faktor yang mempengaruhi harga rumah teres dua tingkat di Bandar Baru Bangi. Faktor luaran yang berkaitan dengan penyediaan kontrak yang dapat dikawal oleh pemaju perumahan mendapat tempat terendah.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.