TINJAUAN KESAN FASILITI KEDIAMAN BERTINGKAT TERHADAP AMAUN DANA PENGURUSAN

Y.M. Yusoff, N.M. Tawil

Abstract


Perumahan merupakan tajuk perbincangan yang tidak pernah luput dari pemikiran rakyat dan juga pemimpin negara kita. Permintaan rumah yang tinggi di kawasan Bandar terutamanya telah meransang lagi pembinaan unit perumahan tinggi oleh pihak pemaju. Rakyat lebih cenderung memilih kawasan kediaman bertingkat berbanding perumahan berteres. disebabkan harga rumah yang kian meningkat. Setiap kawasan kediaman tinggi memerlukan  sebuah badan untuk menguruskan harta hak milik bersama seperti kemudahan-kemudahan serta fasiliti yang tersedia. Badan yang bertanggungjawab ini ialah pihak Perbadanan Pengurusan. Pelbagai masalah dihadapi oleh pihak Perbadanan Pengurusan dalam menguruskan hal ehwal penduduk dan kawasan kediaman tinggi termasuklah keengganan penduduk menjelaskan dana pengurusan  yang merupakan sumber kewangan kepada kerja-kerja penyelenggaraan fasiliti kediaman mereka. Kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan amaun sebenar dana pengurusan yang perlu dikenakan kepada penduduk mengikut fasiliti yang ada dalam kawasan perumahan mereka supaya penduduk tidak lagi keliru dan kurang jelas terhadap aliran wang dana pengurusan tersebut.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.