KEWUJUDAN KOTA RAJA MELEWAR BERDASARKAN SUMBER BERTULIS DAN DATA LAPANGAN (THE EXISTANCE OF RAJA MELEWAR FORT BASED ON WRITTEN SOURCES AND FIELDWORK DATA)

Mohd Fauzan Zuraidi, Zuliskandar Ramli, Shamsuddin Ahmad

Abstract


Abstrak

Kota Raja Melewar merupakan kota yang membabitkan institusi beraja diterajui oleh Raja Mahmud yang berasal dari Pagarruyung, di mana lokasinya terletak di dalam Daerah Rembau. Penyelidikan ini dilakukan untuk mengenalpasti kedudukan sebenar tapak istana lama ini, sekaligus dapat merungkai kawasan sebenar berkaitan tapak lama ini yang sehingga ke hari ini masih tidak dapat diketahui dengan jelas keberadaannya. Melalui jumpaan kawasan ini, akan lebih banyak catatan sejarah atau penemuan yang mungkin dapat membawa kepada maklumat atau informasi baru berkenaan Raja Melewar sewaktu berada di Rembau ketika dahulu, iaitu pada abad ke 17-18. Kewujudan kota ini mungkin boleh diterjemahkan melalui beberapa aspek yang meliputi suasana pemerintahan beraja di sekitar Rembau mahupun seluruh Negeri Sembilan pada masa itu, sebelum adanya Istana Seri Menanti.  Di samping itu, gambaran sesebuah kota dapat diketahui dan dikenal pasti dengan menilai dan melihat kandungan yang wujud di dalam struktur kawasan itu sendiri seperti mana ciri-ciri yang terdapat pada sesebuah kota atau istana yang lainnya pada ketika dahulu. Kota Raja Melewar merupakan sebuah simbol pemerintahan seiring dengan catatan sejarah yang menyatakan bahawa Rembau merupakan kawasan pemerintahan pertama Raja Melewar sebelum beliau berpindah ke Seri Menanti setelah ditabal menjadi raja yang pertama memerintah Negeri Sembilan.

Kata Kunci: kota dan istana, Raja Melewar, kawasan pemerintahan, Daerah Rembau


Abstract

The City of Melewar is a city of royal institutions lead by King Mahmud from Pagarruyung, whose location is located in the Rembau District. This research was done to identify the exact location of the site of the old castle, while also uncovering the exact site of the old site which to this day remains unknown. Through the exploration of this area, more historical records or discoveries may lead to new information or information about King Melewar during his previous visit to Rembau, in the 17th-18th century. The existence of this city may be interpreted through several aspects which encompassed the monarchical atmosphere around Rembau and throughout the whole of Negeri Sembilan, before the existence of the Seri Menanti Palace. In addition, the description of a city can be known and identified by assessing and viewing the content that exists within the structure of the area itself as well as the features of a city or other castle in the past. The city of King Melewar is a symbol of government in line with the historical record which states that Rembau was the first monarch of King Melewar before he moved to Seri Menanti after being crowned the first king of Negeri Sembilan.

Keywords: City and Castle, King Melewar, Government Area, Rembau District

Full Text:

PDF

References


Abas Hj. Ali. 1953. Rembau Sejarah Perkembangan Adat dan Istiadatnya. Jabatan Undang dan Perlembagaan Adat Dan Istiadat Melayu Rembau. Rembau.

Abdul Rahman bin Hj. Muhammed. 1964. Dongeng-Dongeng Negeri Sembilan, Oxford UniversityPress, Kuala Lumpur.

Abdul Samad Idris. 1968. Negeri Sembilan dan Sejarahnya. Kuala Lumpur: Utusan Melayu Berhad.

Abdul Samad Idris. 1987. Takhta Kerajaan Negeri Sembilan. Kuala Lumpur: Utusan Printcorp sdn.bhd.

Abdul Halim Nasir. 1990. ‘Kota-Kota Melayu’. Dewan Bahasa Dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur.

Abdullah Zakaria Ghazali. 1992. Gerakan Yamtuan Tunku Antah di Negeri Sembilan, 1875-76. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Buyong Adil. 1981. Sejarah Negeri Sembilan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Haji A. Mubin Sheppard. 1961. Malayan Forts. Kuala Lumpur: Museums Department Federation Of Malaya.

Khairil. 2019. Kota Raja Melewar, Negeri Sembilan. Temu Bual, 22 November.

Muhammad. 2020. Kota Raja Melewar, Negeri Sembilan. Temu Bual, 22 Februari.

Norhalim Hj. Ibrahim. 1993. Adat Perpatih: Perbezaan dan Bersamaanya dengan Adat Temenggung. Shah Alam: Fajar Bakti.

Norhalim Hj. Ibrahim. 1994. Ekspedisi Raja Melewar II dari Istana Raja Rembau ke Sri Menanti Kuala Pilah. Budaya Negeri 14:11-18.

Norhalim Hj. Ibrahim. 1996. Linggi: Persejarahan dan Pensejarahan yang sering dilupakan. Seremban: Persatuan Sejarah Malaysia Negeri Sembilan.

Norhalim Hj. Ibrahim. 1998. Sejarah Linggi: Pintu Gerbang Sejarah Pembangunan Negeri Sembilan. Shah Alam: Fajar Bakti.

Norizan. 2020. Kota Raja Melewar, Negeri Sembilan. Temu Bual, 15 Januari.

Raiha Mohd. Saud. 1981. Kota-Kota Bersejarah Di Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur: United Selangor Press Sdn.Bhd.

Rahila Omar & Nelmawarni. 2008. Jurnal pendidikan Sejarah IX: Negeri Sembilan: Rantau Minangkabau di Semenanjung Tanah Melayu. Indonesia: Universitas Muhammadiyah.

Rosiswandy Bin Mohd Salleh. 2017. Sejarah Pengamalan Adat Perpatih di Negeri Sembilan. Kuala Lumpur: Jabatan Muzium Malaysia.

W. G. Shellabear. 1995. Siri Kajian Sastera Fajar Bakti: Sejarah Melayu. Shah Alam: Fajar Bakti.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.



IKATAN AHLI ARKEOLOGI MALAYSIA

d/a Institut Alam dan Tamadun Melayu
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 5280