SEJARAH PERKEMBANGAN LALUAN PENARIKAN (DEVELOPMENT HISTORY OF WITHDRAWAL ROUTE)

Preethevan Ramu, Zuliskandar Ramli, Shamsuddin Ahmad, Mohamad Nazim Abdul Gaman, Asrul Effendi Kamaruzzaman, Muhammad Zaki Razani

Abstract


Abstrak

Kedudukan geografi Malaysia yang berada di garisan khatulistiwa yang menerima hujan sepanjang tahun telah membentuk beberapa sungai yang mengalir dari beberapa banjaran gunung yang ada di Malaysia. Sungai memainkan peranan penting dalam konteks sejarah di mana ia menjadi tapak hunian terawal bagi sesuatu petempatan manusia dan menjadi jalan untuk pengangkutan air yang pintas menyeberangi lautan tanpa menunggu perubahan angin monsun untuk ke destinasi. Laluan Penarikan telah digunakan oleh pedagang dari pusat kerajaan di pantai timur Sumatera dan pantai barat Semenanjung untuk ke pantai timur. Jalan ini adalah jalan alternatif kepada jalan laut iaitu melalui Temasik (Singapura) di selatan Semenanjung Tanah Melayu. Jalan ini menghubungkan dua batang sungai utama iaitu Sungai Muar dan Sungai Pahang melalui Sungai Jempol, Sungai Serting dan Sungai Bera. Laluan ini dikenali sebagai Laluan Penarikan disebabkan perbuatan “menarik” perahu sepanjang kira-kira 0.6 km. Laluan Penarikan menjadi salah satu laluan yang menjadi tumpuan kepada para pedagang sehingga seorang pengembara yang bernama Manuel Godinho De Eredia telah mencatat dan melukis laluan penarikan di dalam koleksi petanya pada tahun 1613. Kini Laluan Penarikan sukar dikesan disebabkan sungai menjadi sempit akibat penembangan pokok serta pembinaan bangunan dan jalan raya tanpa had. Di samping itu, terdapat sebuah makam yang terbiar di Laluan Penarikan yang tidak diketahui siapa pemiliknya. Ringkasnya, dengan teknologi yang dahulu tidak dapat dinafikan bahawa Laluan Penarikan telah memberi sumbangan dan peranan yang tinggi terhadap para pedagang dengan menjimatkan masa dan mengurangkan jarak perjalanan untuk ke destinasi oleh para pedagang.

Kata Kunci: Jalan penarikan, Sungai, Para Pedagang

 

Abstract

Malaysia's geographical position on the equatorial line which receives rain throughout the year has formed several rivers flowing from several mountain ranges in Malaysia. The river plays an important role in the historical context of which it became the earliest residential site for a human settlement and became a way for short-haul water transport across the ocean without waiting for a monsoon wind to move to the destination. The withdrawal route was used by traders from the royal center on the east coast of Sumatra and the west coast of the peninsula to the east coast. This road is an alternative route to the sea route through Temasik (Singapore) in the south of the Malay Peninsula. This road connects two major river trunks, namely Sungai Muar and Sungai Pahang through Sungai Jempol, Sungai Serting and Sungai Bera. This route is known as the Redemption Path due to the "pull" of the boat along about 0.6 km. The Drawing Route was one of the main routes for traders until a traveler named Manuel Godinho De Eredia had drawn and painted the retreating route in his collection of maps in 1613. Now the Route Tracking is difficult to detect as the rivers become narrower due to the development of trees as well as unlimited building and road construction. In short, with the undoubtedly technology that the Pushing Route has made a significant contribution to the traders by saving time and reducing travel distance to destinations by traders.

Keywords: Road withdrawal, River, Merchants.

Full Text:

PDF

References


Abdul Halim Nasir. 2007. Lembangan Sungai dalam Peradaban Melayu. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Adnan Jusoh, Yunus Sauman & Zuliskandar Ramli. 2011. Jurnal Penemuan Gendang Gangsa Di Terengganu Dan Hubungkaitnya Dengan Aktiviti Perdagangan. Internationa/Journal of the Malay World and Civilisation 29(2): 21-44.

Adnan Jusoh, Khairi Ariffin, Nabir Abdullah & Mohamad Kamal Kamarudin. 2013. Laluan penarikan di Semenanjung Tanah Melayu: Tumpuan dari aspek fungsi dan warisan sejarah. Seminar Sehari Penyelidikan Fakulti Sains Kemanusian.

Dato’ Shahbandar Haji Ali Naam, Dato’ Adat Luak Jempol. Negeri Sembilan. Temu Bual, 15 Nov 2018. Lembaga Muzium Negeri Sembilan.

Jawatankuasa Penyelidikan. 2007. Laporan Kajian Laluan dan Laluan Penarikan ke 2. Lembaga Muzium Negeri Sembilan.

Muhammad Termizi Hasni. 2015. Tapak Hunian Masyarakat Prasejarah dan Protosejarah di Sepanjang lembangan Sungai Muda. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muhammad Nazim Bin Abdul Gaman dan Asrul Effendi Kamaruzzaman Penolong Kurator Monumen dan Tapak Bersejarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan. Temu Bual, 12 Mac 2019.

Nik Hassan Shuhaimi, Art, Archaeology and the early kingdom in Malay Peninsula and Sumatra: c. 400-1400 A.D, Ph d Thesis, School of Oriental and African Studies, University of London, 1984.

Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman dan Abdul Latib Ariffin. 1988. Penyelidikan Arkeologi di Pulau Buluh, (Pualau Kalumpang), Kuala Selinsing, Perak. Jurnal Arkeologi Malaysia 1:36-49.

Norhalim Hj. Ibrahim & Jamaludin Samsudin. 1999. Laluan Penarikan Laluan Sejarah di Jempol, Jurnal Persatuan Sejarah Malaysia 22: 28-45.

Paul Wheatley. 1961. The Golden Khersonese: studies in the historical geography of the Malay Peninsula before A.D. 1500. Kuala Lumpury: University of Malaya Press, 1961. (Distributed by Oxford University Press. 45s.)

Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz. 2017. Menyusuri Lalaun Hang Tuah. My Metro, 4 Oktober 2017.

Tun Seri Lanang, Sejarah Melayu. W.G Shellabear (ed) Singapore: Malaya Publishing House. 1954, cetakan semula, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.1992.

Muhammad Zaki Bin Razani Penolong Kurator Adat Perpatih Lembaga Muzium Negeri Sembilan. Temu Bual, 13 Mac 2019.

Zuliskandar Ramli & Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman. 2010. Petempatan Masyarakat Zaman Logam di Selangor Berdasarkan Data Arkeologi. International Journal of the Malay World and Civilisation 28(1) (2010): 41-55.

Zuliskandar Ramli, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman, Mohamad Zain Musa, Kamaruzzaman Ayob, dan Adnan Jusoh. 2013. Peranan Pulau Kelumpang sebagai salah satu pusat pengeluar manik kaca Indo-Pasifik di Malaysia. Jurnal Arkeologi Malaysia 26: 92-103.

Zuliskandar Ramli, Mohd Samsudin Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman, Ros Mahwati Ahmad Zakaria & Mohd Rohaizat Abdul Wahab.2014. Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-3 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu. Bilik Senat & Bilik Majlis, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi, 23 & 24 Disember 2014.

Zulkifli Hamzah, Abdul Rozak Aziz, Muhammad Pauzi Abd Latif, Mokhtar keratan akhbar Berita Harian, (5 Ogos 2017) Kumpulan Ekspedisi Temui Lebuh Raya Purba. Ms 12 & 13.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.



IKATAN AHLI ARKEOLOGI MALAYSIA

d/a Institut Alam dan Tamadun Melayu
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 5280