Penglibatan Selebriti dalam Politik Malaysia dari 2000-2017

(Celebrity Involvement in Malaysian Politics from 2000-2017)

  • Amir Zafran Ahmad Asri UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  • Muhamad Takiyuddin Ismail UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Keywords: Selebriti dalam politik, partisipasi politik, modal selebriti, parti politik

Abstract

Penglibatan golongan selebriti dalam politik merupakan trend biasa yang berlaku di negara-negara seperti Amerika Syarikat dan Indonesia. Di Malaysia, fenomena serupa masih dianggap sebagai baru. Justeru, sejauhmana penglibatan golongan selebriti dalam politik mampu memberi impak dalam politik Malaysia? Bagi menganalisis permasalahan tersebut, dua kerangka teoritikal digunakan dalam artikel ini iaitu partisipasi politik dan modal selebriti (celebrity capital). Objektif pertama kajian ini adalah menelusuri sejarah penglibatan golongan selebriti dalam politik Malaysia. Objektif kedua pula adalah menghurai bentuk penglibatan golongan selebriti dalam politik Malaysia. Manakala objektif ketiga pula adalah menganalisis pengaruh yang dikenakan oleh golongan selebriti dalam politik Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang meliputi kajian kepustakaan. Kertas kerja ini berhujah bahawa golongan selebriti mempunyai pengaruh yang minima dan penglibatan mereka tidaklah memberikan kesan yang begitu besar kepada pembuatan keputusan dalam parti politik. Secara asasnya, golongan selebriti dilihat kurang berminat untuk menyertai politik secara aktif melainkan hanya sebilangan kecil. Walaupun parti seperti UMNO didapati mula membuka ruang kepada golongan selebriti untuk berpolitik, hanya parti pembangkang dilihat lebih serius dalam mengetengahkan golongan selebriti sebagai calon pilihan raya. Sungguhpun impak yang dikenakan oleh golongan ini adalah kecil, peningkatan penglibatan mereka dalam politik dilihat sebagai satu trend yang positif kerana dimensi kepelbagaian yang diketengahkan. 

Kata kunci: Selebriti dalam politik, partisipasi politik, modal selebriti, parti politik

 

ABSTRACT

 The involvement of celebrities in politics is a common trend in countries like the United States and Indonesia. However, similar phenomenon is still considered new in Malaysia. This article adopts two approaches i.e. political participation and celebrity capital. It will first traces the history of celebrity participation in Malaysian politics. Secondly, the article tries to describe the type of celebrity participation in Malaysian politics and further explicates on the matter of its influence. The article argues that in actuality, celebrities only have minimal influence on Malaysian politics while their involvement also do not affect any decision-making process within political parties. Celebrities are less interested in actively participating in politics except for a small number of individuals. While UMNO seems to be have a considerable number of celebrities, it does not have a strong intent to highlight them as a candidate as compared to opposition parties. While their impact is still minimal, increasing celebrity involvement in politics is observed as a positive trend due to its diverse dimension.

Keywords: Celebrity in politics, political participation, celebrity capital, political party

Published
2019-10-08
How to Cite
Ahmad Asri, A. Z., & Ismail, M. T. (2019, October 8). Penglibatan Selebriti dalam Politik Malaysia dari 2000-2017. Jurnal Wacana Sarjana, 2(2), 1 -14. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/128