Kala Dalam Bahasa Arab: Analisis Program Minimalis

(Tenses in Arabic Language: A Minimalist Program Analysis)

  • Noor Suraiya Mutalib UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  • Fazal Mohamed Mohamed Sultan UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Keywords: Kala, kata kerja, kala bahasa Arab, bahasa Arab Standard, kerangka minimalis.

Abstract

Kala dalam bahasa Arab wujud dalam kata kerja. Oleh yang demikian, kajian ini lebih memberi tumpuan terhadap sistem kala dalam bahasa Arab Baku. Berdasarkan data yang telah dibentuk dan dikumpul berpandukan sebuah buku berjudul Mulakhos Qowa’id Al-lughah Al-‘arabiah dengan bantuan seorang informan menggunakan kaedah kualitatif berorientasi analisis deskriptif, kala bahasa Arab bergabung terus dengan kata kerja dan ianya tidak mempunyai waktu yang tepat seperti kala masa dalam bahasa Inggeris. Kala bahasa Arab hanya terbahagi kepada dua jenis iaitu kala kini dan kala lampau. Kala masa akan datang pula tidak ditekankan kerana dianggap sama seperti kala masa kini dengan hanya menambahkan imbuhan ‘sa’ atau ‘sawfa’. Dapatan kajian mendapati bahawa kata kerja bahasa Arab merangkumkan sekali penggunaan subjek dan kala dalam pada satu kata yang sama mengikut suatu bentuk ayat itu juga. Oleh itu, kajian ini cuba menjelaskan kala dan mengkategorikannya dalam kata kerja bahasa Melayu Standard. Hal ini bagi membantu dalam memahami penggunaan kala dalam kata kerja transitif, kata kerja tak transitif dan kata kerja dwitransitif. Kajian ini juga akan menghuraikan kala bahasa Arab melalui analisis sintaksis berpandukan kerangka Program Minimalis.

Kata kunci: Kala, kata kerja, kala bahasa Arab, bahasa Arab Standard, kerangka minimalis.

 

ABSTRACT

 

The Arabic tenses occur in its verbs. Therefore, this study focused on the tenses of Standard Arabic. The data are collected from a book entitled Mulakhas Qowa'id Al-lughah Al-' arabiah with the help of an informant. Whereas, the method employed in the present study is qualitative method with descriptive analysis. The findings revealed that Arabic tenses are joined directly with the verb and they are subjected to any changes according to time in comparison to the nature of English tenses. There are also two types of tenses in Arabic which are past tense and present tense. The distinction between future and present tense is not profoundly highlighted but they are still differentiated by the addition of the words ' sa ' or ' sawfa '. Moreover, the results revealed that Arabic verb integrates the use of subject and tense according to the sentence. Therefore, this study explains the Arabic tenses and categorize them according to Standard Malay verb. This study sheds a light to the understanding of the use of tenses in the transitive verb, intransitive verb and also ditransitive verb. Last but not least, this study describes Arabic tenses through Minimalist framework.

 

Key words: Tenses, verbs, Arabic tenses, Standard Arabic language, Minimalist framework.

 

Published
2019-10-09
How to Cite
Mutalib, N. S., & Mohamed Sultan, F. M. (2019, October 9). Kala Dalam Bahasa Arab: Analisis Program Minimalis. Jurnal Wacana Sarjana, 2(2), 1 - 13. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/136