Pemilihan Bahasa dalam Masyarakat Multilingual: Minoriti Siam Peranakan di Alor Setar, Kedah

(Language Choices of Multilingual Community: Straits-Born Thai Minority in Alor Setar, Kedah)

  • Nurul Atikah Binti Marshid Marshid UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  • Sa’adiah Ma’alip UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Keywords: Sosiolinguistik, pemilihan bahasa, domain utama, masyarakat multilingual, Siam Peranakan

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengungkap pemilihan bahasa yang terselit atau tersembunyi jauh di utara tanah air iaitu di Alor Setar, Kedah. Kajian ini juga bertujuan melihat bahasa apakah yang kerap dipilih oleh masyarakat Siam di sekitar Alor Setar, Kedah dalam empat domain utama serta faktor yang mempengaruhi pemilihan bahasa mereka. Dalam kajian ini, subjek yang dipilih adalah golongan masyarakat Siam yang majoritinya memberi keutamaan kepada bahasa Siam, jadi pengkaji juga menghuraikan tanggapan dan penilaian terhadap pemilihan bahasa oleh mereka. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah campuran iaitu menggabungkan kaedah kuantitatif serta kualitatif. Pendekatan yang digunakan termasuklah penggunaan instrumen borang soal selidik serta temu bual. Seramai 100 orang responden di Alor Setar, Kedah dipilih untuk melengkapkan soal selidik serta temu bual. Dapatan kajian memaparkan masyarakat Siam memberikan keutamaan kepada bahasa Siam dan bahasa Melayu dalam keempat-empat domain yang dikaji iaitu domain kekeluargaan, kejiranan dan persahabatan, keagamaan dan pekerjaan. Dapatan kajian juga menafsirkan bahawa masyarakat Siam memberi penilaian dan tanggapan yang sama rata terhadap kelima-lima bahasa termasuk bahasa Melayu, bahasa Siam, bahasa Melayu campur bahasa Siam, bahasa Inggeris dan bahasa lain.

Kata Kunci: Sosiolinguistik, pemilihan bahasa, domain utama, masyarakat multilingual , Siam Peranakan

 

ABSTRACT

 

The study aims to reveal the choice of hidden language far north of the homeland in Alor Setar, Kedah. The study also aims to see what languages ​​are often chosen by the Siamese community around Alor Setar, Kedah in four main domains as well as factors affecting their language choices. In this study, the subjects selected were Siamese community whose majority was to give preference to Siamese language, so researchers also elaborated the perceptions and appraisal of their language choices. This study uses a mixed method approach that combines quantitative and qualitative methods. The approaches used include the use of questionnaires and interviews. A total of 100 respondents in Alor Setar, Kedah were selected to complete questionnaires and interviews. The findings show that Siamese people are giving priority to Siamese and Malay language in the four domains studied namely family domains, neighborhoods and friendships, religious and occupations. The findings also point out that the Siamese community has given an assessment and equality of the five languages ​​including Malay, Thai, Malay, Thai, English and other languages.

Keywords:  Sosiolinguistics, language choices, main domain,  multilingual community, Straits-Born Thai

 

Published
2019-10-09
How to Cite
Marshid, N. A. B. M., & Ma’alip, S. (2019, October 9). Pemilihan Bahasa dalam Masyarakat Multilingual: Minoriti Siam Peranakan di Alor Setar, Kedah. Jurnal Wacana Sarjana, 2(2), 1 - 14. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/146