Teknologi Pemprosesan Batik Melayu di Kelantan

(Malay Batik Proccessing Technology in Kelantan)

  • Siti Aisyah Amilin Hassan UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  • Muammar Ghaddafi Hanafiah UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Keywords: Batik Eksklusif, proses batik, batik kontemporari, batik tradisional

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji  proses penghasilan batik yang eksklusif di Kelantan   yang nilainya mencecah harga ribuan ringgit. Selanjutnya, membandingkan teknologi dalam pemprosesan batik eksklusif pada zaman sekarang dengan cara tradisi. Selain kajian perpustakaan, kajian ini menggunakan kaedah kajian lapangan seperti tinjaun, temubual dan juga pemerhatian. Hasil kajian menunjukkan beberapa peringkat dan kerja rumit dilalui untuk menghasilkan batik eksklusif. Peringkat-peringkat tersebut ialah penyediaan kain, menyurih, meregangkan kain, penyediaan lilin dan mencanting, penyediaan warna dan mewarna, mematikan warna, mongering, membasuh dan membilas, merebus, membasuh dan merendam, mongering, menggosok dan membungkus. Dalam proses mencanting mempunyai beberapa teknik yang dugna pakai iaitu teknik Manutex, teknik Air Brush, teknik Silica, teknik Tindanan, teknik Brush Stroke dan beberapa teknik lain. Hasil kajian juga mendapati tahap kehalusan seni canting dan corak di atas kain akan menjadi penentu kepada nilai sesebuah batik eksklusif. Semakin halus seni yang dicanting, semakin tinggi harga yang diletakkan oleh peniaga. Sehubungan dengan itu, kajian ini menunjukkan bahawa teknologi pemprosesan batik eksklusif di Kelantan berbeza dari cara di negeri-negeri lain pada teknik dan juga corak. Rumusannya, kajian ini dapat mengkaji dengan lebih teliti bagaimana proses batik dilakukan sehingga mencecah ribuan ringgit, menambahkan kefahaman kepda pengguna kenapa batik perlu diangkat menjadi satu seni yang perlu dihargai oleh pengguna.

Kata kunci: Batik Eksklusif, proses batik, batik kontemporari dan tradisional

 

ABSTRACT

 

This study aims to investigate the process of exclusive batik production in Kelantan which is worth the price of thousands of ringgit. Furthermore, comparing technology in exclusive batik processing at present times in a traditional way. In addition to library research, this study uses field research methods such as study, interviews and observations. The results show some stages and complicated work passed to produce exclusive batik. The stages are the fabric preparation, trimming, stretching of the cloth, candle preparation and rolling, coloring and coloring, turning off the color, drying, washing and rinsing, boiling, washing and soaking, drying, rubbing and wrapping. In the process of spinning has some of the techniques used in Manutex techniques, Air Brush techniques, Silica techniques, Overlay techniques, Brush Stroke techniques and some other techniques. The findings also show that the level of fine art canting and pattern on the fabric will be the determinant of the value of an exclusive batik. The finer the art of being stabbed, the higher the price placed by the trader. In this regard, this study shows that exclusive batik processing technologies in Kelantan differ from the way in other states on technique and pattern. In conclusion, this study can examine more closely how the process of batik is done to reach thousands of ringgit, adding to the understanding of the need for batik to be an art that consumers need to appreciate.

Keywords: Exclusive Batik, batik process, contemporary and traditional batik

Published
2019-10-09
How to Cite
Hassan, S. A. A., & Hanafiah, M. G. (2019, October 9). Teknologi Pemprosesan Batik Melayu di Kelantan. Jurnal Wacana Sarjana, 2(2), 1 - 8. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/153