Persepsi Umum Penduduk Telok Panglima Garang Terhadap Perubahan Iklim Di Malaysia

(General Perceptions of Telok Panglima Garang’s Residents on the Climate Change in Malaysia)

  • Anne Sakina Iman Syaiffudin UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  • Noorazuan Md. Hashim UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Keywords: Perubahan Iklim, ancaman global, tahap kesedaran alam sekitar, masyarakat,, teknologi hijau

Abstract

Masalah alam sekitar seperti perubahan iklim, pencemaran udara dan banjir semakin mendapat perhatian daripada masyarakat Malaysia. Perubahan iklim merupakan cabaran global yang paling serius terhadap masyarakat dunia pada masa kini. Semua pihak disetiap peringkat perlu bersama-sama bertanggungjawab dalam menyesuaikan diri dan memberi komitmen dalam mengurangkan risiko terhadap ancaman global ini.  Kesedaran alam sekitar bermula dengan keprihatinan masyarakat terhadap masalah alam sekitar yang kian meruncing. Manusia bergantungan secara fizikal dan emosi dengan alam semulajadi manakala, keadaan ekosistem dan spesies pula bergantung kepada tindakan manusia. Kajian ini bertujuan untuk melihat “Persepsi Penduduk Telok Panglima Garang Terhadap Perubahan Iklim Di Malaysia”. Kajian dijalankan dengan mensasarkan seramai 50 orang penduduk Telok Panglima Garang, Selangor. Data kajian ini dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik dan seterusnya dianalisis dengan menggunakan aplikasi SPSS. Keputusan kaji selidik ini dijadikan asas untuk merangka langkah dan cadangan yang boleh diambil oleh pihak berkuasa dalam mengawal masalah perubahan iklim ini. Kesimpulannya, terdapat perhubungan antara tahap kesedaran dalam kalangan penduduk dalam mengawal masalah perubahan iklim ini. Namun, hasil perhubungan yang didapati adalah agak lemah. Berdasarkan pada keputusan analisis ini, tahap kesedaran yang kurang memuaskan dalam kalangan penduduk Telok Panglima Garang akan memberi impak kepada pertambahan masalah perubahan iklim di Malaysia.

Kata kunci: Perubahan Iklim, ancaman global, tahap kesedaran alam sekitar, masyarakat.

 

ABSTRACT

 

Environmental problems such as climate change, air pollution and floods are getting more attention from Malaysian society. Climate change is among the most serious global challenges to today's world community. All parties at each level need to be jointly responsible for adapting and making commitments to reduce the risk of this global threat. Environmental awareness begins with the community's concern for the increasingly tangible environmental problems. Humans are physically and emotionally dependent on nature and on the contrary, ecosystems and species depend on human action. This study aims to see "Telok Panglima Garang Residents Responding towards Climate Change In Malaysia". The study was conducted with a target of 50 residents of Telok Panglima Garang, Selangor. The data were collected using a questionnaire and subsequently analyzed using the SPSS application. The results of these surveys are the basis for drafting measures and recommendations that can be taken by the authorities in controlling climate change issues. In conclusion, there is a relationship between the level of awareness among the population in controlling this climate change problem. However, the resulting relationship is rather weak. Based on the results of this analysis, the unsatisfactory level of awareness among the people of Telok Panglima Garang will have an impact on the increasing problem of climate change in Malaysia.

Keywords: Climate Change, global threat, Perubahan Iklim, Environmental awareness, society.  

Published
2019-10-11
How to Cite
Iman Syaiffudin, A. S., & Md. Hashim, N. (2019, October 11). Persepsi Umum Penduduk Telok Panglima Garang Terhadap Perubahan Iklim Di Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 2(3), 1-14. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/157