Kata Kerja Bahasa Tamil: Analisis Kerangka Minimalis

(Verb of Tamil Language: An Analysis of Minimalist Framework)

  • Dinesvary Rajandrin UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  • Fazal Mohamed Mohamed Sultan UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Keywords: Tamil, kata kerja, jenis kata kerja, frasa kerja, kerangka minimalis

Abstract

Artikel ini membincangkan tentang kata kerja dalam bahasa Tamil. Bahasa Tamil merupakan bahasa ibunda kepada masyarakat India di Malaysia. Namun kajian ini, hanya mengkaji penutur natif bahasa Tamil di Taman Koperasi, Pedas, Negeri Sembilan. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti, menghuraikan dan menganalisis jenis kata kerja Bahasa Tamil itu dengan menggunakan kerangka minimalis. Kaedah kajian yang digunakan merangkumi kaedah lapangan iaitu temu bual, rakaman, pemerhatian dan kaedah analisis data dengan menggunakan kerangka minimalis. Sesi temu bual dilakukan dengan enam penutur natif bahasa Tamil. Pengkaji telah merakam perbualan setiap responden dan perbualan tersebut ditranskrip serta dianalisis oleh pengkaji. Analisis ini memberikan tumpuan kepada kedudukan kata kerja dalam bahasa Tamil. Hasil kajian mendapati bahawa kata kerja bahasa Tamil dapat mengenal pasti kala, jantina, dan kata ganti diri. Kajian ini juga mendapati bahawa urutan dalam ayat bahasa Tamil yang mempunyai kata kerja transitif ialah SOK manakala kata kerja dwitransitif pula mempunyai urutan SOOK tetapi ada beberapa kata kerja bahasa Tamil yang tidak mempunyai subjek di hadapan tetapi hanya mempunyai objek dan kata kerja sahaja. Manakala kata kerja tak transitif yang terdiri daripada kata kerja tak akusatif mempunyai urutan keterangan dan kata kerja sahaja. Ergatif yang terdiri daripada keterangan dan kata kerja mempunyai urutan SK. Ini menunjukkan bahawa kata kerja bahasa Tamil yang dipertuturkan di Malaysia boleh terdiri daripada kata kerja transitif, kata kerja dwitransitif dan kata kerja tak transitif. Kata kunci: Tamil, kata kerja, jenis kata kerja, frasa kerja dan kerangka minimalis.

ABSTRACT

This article discusses the verbs in Tamil language. Tamil is the native language of the Indian community in Malaysia. However, this study only examines native Tamil speakers in the Taman Koperasi, 71400 Pedas, Negeri Sembilan. The objectives of this study are to identify, describe and analyze the type of Tamil verbs using Minimalist Program. The methodology used in this research are interview, recording, observation and the data are analysed using Minimalist Program. The interview session was conducted with six native Tamil speakers. The researcher has recorded the conversation of each respondents and the conversations are transcribed and analyzed by the researcher. This analysis focuses on the verbal position in Tamil language. The findings show that the Tamil verb can identify the nature of time, gender, and personal pronouns. This study also found that the word order in the Tamil’s transitive verbs is SOV while dwitransitif verbs have SOOV order but there are some Tamil verbs that have no subject in front, however, they do have object and verb only. While intransitive verbs consisting of inaccusative verbs have verb. Ergatives consisting of verbs have SV order. This suggests that the Tamil verbs spoken in Malaysia may consist of transitive verbs, ditransitive verbs and intransitive verbs.

Keywords: Tamil, verbs, types of verb, verb phrase, Minimalist

Published
2019-10-11
How to Cite
Rajandrin, D., & Mohamed Sultan, F. M. (2019, October 11). Kata Kerja Bahasa Tamil: Analisis Kerangka Minimalis. Jurnal Wacana Sarjana, 2(3), 1-14. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/159