Mengukur Pencapaian Kelestarian Program Transformasi Kerajaan “Gagasan 1Malaysia” Dari Perspektif Belia Malaysia

(Measuring Sustainability Performance of Government’s Transformation Program “1Malaysia” From The Youth Perspective)

  • Hesti Cahyaningrum Suhadi UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  • Mohd Helmi Abd Rahim UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Keywords: Gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan, kelestarian, persepsi, belia Malaysia

Abstract

Gagasan 1Malaysia (G1M) telah dibina berasaskan Perlembagaan Malaysia, pelbagai polisi dan undang-undang, Rukunegara, Wawasan 2020 dan Misi Nasional. Melalui G1M, rakyat diminta menerima kedudukan kepelbagaian kaum, agama dan kepercayaan yang inklusif dalam membina perasaan saling menghormati dan menerima bagi menjadikannya satu asas yang kukuh terhadap perpaduan dan saling mempercayai. Pelan hala tuju ini merupakan permulaan, dengan susun atur yang jelas mengenai objektif, sasaran dan rancangan, serta kesannya yang akan diterima oleh generasi baru terutama para belia Malaysia. Dari tahun ke tahun, kelestarian transformasi G1M ini masih diragui akan keyakinan masyarakat terhadap G1M. Kajian ini dibuat bagi mengenalpasti tahap penerimaan belia terhadap G1M ini, selain menilai persepsi belia Malaysia, dan seterusnya mengenalpasti tahap kelestarian G1M ini pada masa hadapan. Kelestarian diukur berdasarkan Model PSR (Hardi, 1995) yang mengukur pencapaian kelestarian berdasarkan factor tekanan, keadaan dan tindakbalas. Kajian menggunakan kaedah tinjauan berasaskan soalselidik terhadap 400 responden dengan anggaran sampel yang ditentukan dari model penentuan saiz sampel Ramos (2011). Dapatan kajian menunjukkan bahawa belia Malaysia terhadap kebolehan untuk mencapai kelestarian G1M adalah tinggi. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara belia lelaki dan perempuan dalam pencapaian kelestarian G1M. Perbezaan antara belia Bandar dan luar Bandar juga tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Rumusan kajian mendapati bahawa tahap kemampuan G1M dalam mencapai kelestarian berada pada tahap yang tinggi. Justeru itu, program transformasi kerajaan “Gagasan 1Malaysia” adalah brjaya, malah berkemampuan untuk mencapai kelestarian. Adalah diharapkan program G1M ini diteruskan dengan penambahbaikan berterusan dari masa ke semasa, dan tidak diabaikan sebagai program politik semata-mata. Adalah dirasakan program ini amatlah bertepatan dengan kesejahteraan rakyat, terutama masa depan para belia di Malaysia.

Kata kunci: Gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan, kelestarian, persepsi, belia Malaysia

 

ABSTRACT

The 1Malaysia agenda has been realized based on the Federal Constitution, various government policies and laws, the National Pillars of Malaysia (Rukunegara), Vision 2020 and the National Mission. The 1Malaysia agenda focuses on values like accepting multiracialism, differences in religion and inclusive religious diversity in order to build mutual respect and acceptance among Malaysian. These values are important as it justify unity and trustworthy. The roadmap is a starting point, with a clear layout of objectives, targets and plans, as well as its impact on the future generation, especially the youth. Following the years, the sustainability of this transformation has yet being a question of gaining public confidence in the implementation of the 1Malaysia programs. Therefore, this study was conducted to identify the level of youth acceptance in order to gauge the sustainability of the 1Malaysia agenda. This study also meant to assess the perception of youth in Malaysia towards the 1Malaysia programs and further identifies the sustainability of the programs for the future. The sustainability performance is measured based upon the Pressure, State and Reaction (PSR) model developed by Hardi (1995). The research used the survey method on 400 respondents on sample estimation identified from the model of Ramos (2011). The findings show that the youth perceives the ability to achieve sustainability of the 1Malaysia programs is of   high level. There is no significance difference in gender and geographical contexts of urban and rural areas among the youth in their evaluation of the sustainability performance of the 1Malaysia programs. This finding also suggests a high level of ability of the programs in achieving sustainability. Thus, the 1Malaysia agenda is a success, and even achieved sustainability performance in the perception of the Malaysian youth. It is a hope that the 1Malaysia agenda to be continued and not seen as merely a political agenda. It is a program that exactly fit into the contexts of an agenda of the rakyat, and preserving the future for the Malaysian youth.

Keywords: 1Malaysia Agenda, Government Transformation Program, sustainability, perception, Malaysian youth

Published
2019-10-11
How to Cite
Suhadi, H. C., & Abd Rahim, M. H. (2019, October 11). Mengukur Pencapaian Kelestarian Program Transformasi Kerajaan “Gagasan 1Malaysia” Dari Perspektif Belia Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 2(3), 1 - 11. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/162