Perkembangan Agama Buddha Aliran Vajrayana Di Malaysia, 1977-2012

(Development of Vajrayana Buddhism in Malaysia, 1977-2012)

  • Loo Bao Jie UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  • Rahilah Omar UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Keywords: Aliran, Agama Buddha, Vajrayana, Sosio-ekonomi, Malaysia

Abstract

Agama Buddha memiliki sejarah perkembangan yang panjang di Malaysia. Penyebaran agama Buddha di negara ini dapat dilihat dengan adanya pertubuhan-pertubuhan organisasi agama Buddha dan tempat ibadat yang telah lama dibina. Aliran agama Buddha yang berkembang di Malaysia adalah Buddha Mahayana dan Buddha Theravada (atau Hinayana) sejak zaman kolonial British. Kedua-dua aliran ini juga berkembang dari tempat yang berbeza iaitu dari China, Thailand, Burma, dan Sri Lanka. Dari segi sejarah perkembangannya, aliran Buddha Vajrayana dilihat semakin berkembang dan tersebar luas di seluruh Malaysia. Aliran ini berasal dari negara China iaitu dari wilayah Tibet. Perkembangan aliran Buddha Vajrayana ini secara dominannya dianuti oleh masyarakat Cina. Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji perkembangan penyebaran aliran Buddha Vajrayana di Malaysia dengan pengkhususan masa iaitu sejak 1977 sehingga 2012. Selain itu, kajian ini juga bertujuan menganalisa pengaruh Buddha Vajrayana terhadap sosio-ekonomi masyarakat Cina di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dengan melakukan pendekatan ‘content analysis’ terhadap sumber-sumber yang diperolehi. Sumber-sumber primer diperolehi melalui kaedah temu bual dengan responden-responden terpilih. Hasil kajian mendapati bahawa aliran Buddha Vajrayana ini meskipun agak baru berbanding dua aliran Buddha yang lain telah memberikan pengaruh yang besar ke atas masyarakat Cina dari segi sikap kerja keras untuk mempertingkat taraf ekonomi mereka. Pada masa yang sama ia berhasil memupuk semangat kerjasama yang kukuh dalam kalangan mereka sesama sendiri.

Kata kunci: Aliran, Agama Buddha, Vajrayana, Sosio-ekonomi, Malaysia

ABSTRACT

Buddhism has a long history of development in Malaysia. The spread of Buddhism can be seen via the formation of Buddhist organisations and temples. During the British administration, two Buddhist schools were introduced in Malaya – Mahayana and Theravada Buddhism. Both schools came from two different regions; Mahayana from China, and Theravada from Thailand, Burma and Sri Lanka. In contrast, the third Buddhist school, Vajrayana Buddhism is much newer in Malaysia – introduced only in the 1970s. Originating from Tibet, most Vajrayana Buddhist practitioners in Malaysia are the Chinese. Thus, this paper looks into the development of Vajrayana Buddhism from its introduction in 1977 to 2012. This study analyses the impact of Vajrayana Buddhism on the socio-economic well-being of the Chinese in Malaysia. This study uses the library method and content analysis method. Primary sources are mainly interviews with selected respondents. The findings of this study show that Vajrayana Buddhism – albeit relatively new – has a strong influence among the Chinese community. This study shows that nature of the Chinese Buddhist is to improve their unity and economic well-being.

Keywords: Schools, Buddhism, Vajrayana, Socio-economy, Malaysia

Published
2019-10-11
How to Cite
Bao Jie, L., & Omar, R. (2019, October 11). Perkembangan Agama Buddha Aliran Vajrayana Di Malaysia, 1977-2012. Jurnal Wacana Sarjana, 2(3), 1 - 15. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/167