Persepsi Penonton Di Malaysia Terhadap Filem Yang Memenangi Academy Awards

(Malaysian Audiences’ Perceptions on Academy Award-Winning Films)

  • Low Jin Lu UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  • Wan Amizah Wan Mahmud UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Keywords: Academy Awards, persepsi, kurang sambutan, minat, filem

Abstract

Di Malaysia, pasaran filem adalah amat berpotensi dan hal ini boleh dibuktikan melalui kutipan box office yang tinggi di pawagam. Namun begitu, filem yang memenangi Academy Awards kurang mendapat sambutan dalam kalangan penonton di Malaysia walaupun filem tersebut diiktiraf sebagai filem yang berkualiti dan mendapat ulasan yang tinggi di peringkat antarabangsa. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti filem Academy Awards yang manakah yang ditonton di Malaysia dan mengenal pasti faktor yang menyebabkan filem yang memenangi Academy Awards bukan pilihan utama penonton tempatan di pawagam. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan persampelan bebola salji (snow-balling) iaitu mengedarkan borang soal selidik di media sosial yang melibatkan seramai 112 orang responden di seluruh Malaysia. Kajian ini menggunakan Teori Kegunaan dan Kepuasan (U&G) untuk menjelaskan setiap penonton filem mempunyai faktor penontonan filem yang berbeza bagi memenuhi keperluan masing-masing. Hasil kajian menunjukkan bahawa penonton tempatan mempunyai pandangan yang positif dan ulasan yang tinggi terhadap filem-filem tersebut tetapi data yang dikumpul menunjukkan penonton tempatan mempunyai tahap pengetahuan yang rendah dan kebanyakan responden tidak minat menonton filem-filem tersebut.

Kata kunci: Academy Awards, persepsi, kurang sambutan, minat, filem 

 

ABSTRACT

 

In Malaysia, movie consumption has huge potential to contribute to the economics and this can be proven by the high box-office grossing at the local cinemas. Academy Award-winning films have less popularity among local audiences although they are internationally recognised excellence in cinematic achievement. The objectives of this study are to examine the Academy Awards films watched by Malaysian audiences and to identify the factors in which Academy Award-winning films were not the locals preferred movies at the cinemas. This study uses a quantitative method and snowball sampling by distributing a questionnaire on social media that reached 112 respondents in Malaysia. This study is using Uses and Gratifications Theory (U&G) that explains every audience has different purposes to watch films in order to meet their needs and fulfil their satisfaction. The findings show that local audiences highly review the films but they have low levels of knowledge about it and most of the respondents are not interested in watching films. It is very important to understand the interests of audiences toward films in order to produce better films by local filmmakers.

 

Keywords: Academy Awards, perception, less favourable, interest, film 

Published
2019-10-11
How to Cite
Jin Lu, L., & Wan Mahmud, W. A. (2019, October 11). Persepsi Penonton Di Malaysia Terhadap Filem Yang Memenangi Academy Awards. Jurnal Wacana Sarjana, 2(3), 1 - 14. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/168