Perusahaan Keropok Lekor Makanan Tradisi Melayu Terengganu

(Business of Keropok Lekor The Tradition of Malay Terengganu)

  • Muhamad Rafiq Abu Bakar UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  • Muammar Ghaddafi Hanafiah UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Keywords: Etnografi, Keropok Lekor, Perpustakaan, Proses, Sejarah

Abstract

Kajian ini merupakan satu kajian yang berkaitan dengan makanan tradisi tempatan di Terengganu iaitu Keropok Lekor. Keropok lekor sememangnya sinonim dengan negeri Terengganu yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Kajian ini melanjutkan lagi kajian tentang makanan tradisi Terengganu yang berbentuk produk pelancongan. Kajian ini lebih menumpukan kepada aspek pembuatan serta pemprosesan keropok lekor di kawasan Kuala Terengganu. Pemprosesan keropok lekor bukan sahaja tertumpu kepada teknik pembuatan keropok lekor malahan juga tertumpu kepada alat atau mesin yang digunakan untuk menghasilkan keropok lekor. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti sejarah keropok lekor yang menjadi salah satu makanan tradisi Terengganu. Kajian ini merupakan berbentuk kualitatif yang menganalisiskan data melalui kajian perpustakaan dan kajian etnografi. Kajian ini mendapatkan data melalui kerja lapangan iaitu dengan kaedah tinjauan, pemerhatian dan temu bual. Hasil daripada metodologi yang dilakukan, kajian ini mendapati terdapat kaedah tertentu untuk menghasilkan keropok lekor dengan mengikut cara serta resepi yang betul.

Kata kunci: Etnografi, Keropok Lekor, Perpustakaaan, Proses, Sejarah

 

ABSTRACT

 

This research is a study related to local traditional foods in Terengganu, namely “Keropok Lekor”. “Keropok lekor” are synonymous with Terengganu located on the East Coast of Peninsular Malaysia. The research further extends the study of Terengganu's traditional food-based tourism products. This research focuses on the manufacturing and processing of “keropok lekor” in the Kuala Terengganu area. The processing of “keropok lekor” is not only focused on the technique of “keropok lekor” but also the tools or machines used to produce it. This study also aims to identify the history of “keropok lekor” which become one of Terengganu's traditional foods. This study was qualitative in forming data through library research and ethnographic studies. This study obtained data through field work by survey, observation and interview methods. As a result of the methodology, this study found that there are certain methods to produce “keropok lekor” in the right way and recipe.

Keywords: Ethnographic, Keropok Lekor, Library, Process, History

Published
2019-10-11
How to Cite
Abu Bakar, M. R., & Hanafiah, M. G. (2019, October 11). Perusahaan Keropok Lekor Makanan Tradisi Melayu Terengganu. Jurnal Wacana Sarjana, 2(3), 1 -7. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/169