Ini Kahwin Dengan Puteri Jinjana: Satu Kajian Naskhah dan Analisis Sosiologi

(Ini Kahwin Dengan Puteri Jinjana: Text Review and Sociology Analysis)

  • Muhammad Syukri Masehood UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  • Zubir Idris UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Keywords: manuskrip, Ini kahwin dengan Puteri Jinjana, sosiologi

Abstract

Kajian manuskrip ini meneliti naskhah Ini kahwin dengan Puteri Jinjana yang tersimpan di Koleksi Arkib dan Khas, Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia. Teks Ini kahwin dengan Puteri Jinjana merupakan sebuah naskhah yang menggambarkan tentang kehidupan golongan diraja yang sarat dengan aspek sosial dan budaya. Kajian ini menggunakan pendekatan sosiologi untuk menelusuri pelbagai aspek sosial dan budaya yang diamalkan dalam kehidupan seharian golongan diraja. Baginda Usul Majlis Perdana Halim merupakan watak utama dalam penceritaan ini selain Permaisuri Beranta Nurhalam, Puteri Jinjana dan Shah Alam Besar. Sehubungan itu, hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa aspek sosial dan budaya yang ditemui dalam naskhah ini seperti kepercayaan terhadap kewujudan makhluk halus, pengamalan unsur magis dalam kalangan golongan diraja, penggunaan sirih, perubatan tradisional dan institusi perkahwinan. Diharap kajian ini dapat memberikan maklumat kepada masyarakat untuk meneliti manuskrip-manuskrip yang boleh didapati dengan menggunakan pendekatan sosiologi.

Kata kunci: manuskrip, Ini kahwin dengan Puteri Jinjana, sosiologi, budaya, golongan diraja.

 

ABSTRACT

 

This manuscript study examines the text This marriage with Princess Jinjana is stored in the Archives and Special Collections, Tun Sri Lanang Library, Universiti Kebangsaan Malaysia. Text This marriages with Princess Jinjana is a text that describes the life of the royal who is laden with social and cultural aspects. This study uses a sociological approach to explore the various social and cultural aspects practiced in the daily life of the royalty. His Majesty's Majesty's Prime Minister was the main character in this story, besides Queen Nurhalam Berayang, Puteri Jinjana and Shah Alam Besar. In this regard, the findings show that there are some social and cultural aspects found in this text as the belief in the existence of subtle creatures, the practice of magical elements among royalists, the use of betel, traditional medicine and marital institutions. Hopefully this study will provide information to the public to examine the manuscripts that can be found using a sociological approach.

Keywords: manuscript, Ini kahwin dengan Puteri Jinjana, sociology, culture, royal group.

 

Published
2019-10-11
How to Cite
Masehood, M. S., & Idris, Z. (2019, October 11). Ini Kahwin Dengan Puteri Jinjana: Satu Kajian Naskhah dan Analisis Sosiologi. Jurnal Wacana Sarjana, 2(3), 1 - 14. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/170