Watak Wanita Dalam Bidadari Dari Perspektif Ginokritik: Penelitian Psikologi Dan Budaya

(Woman Character in Bidadari from Gynocritics Perspective: Psychology and Culture Research)

  • Nur Syifaa Atikah Nordin UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  • Che Abdullah Che Ya UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Keywords: Cabaran, Ginokritik, Pengalaman, Penglibatan, Wanita

Abstract

Bidadari karya Aminah Mokhtar diterbitkan oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) pada tahun 2016. Aminah Mokhtar merupakan seorang novelis yang sering mengangkat persoalan wanita di dalam hasil karyanya. Bidadari merupakan salah satu daripadanya. Novel ini mengangkat permasalahan yang dihadapi oleh kaum wanita dalam menghadapi kehidupan dan kerjaya. Novel yang mengandungi 563 halaman memperlihatkan kehidupan watak utama iaitu seorang remaja perempuan yang bernama Jehan dan watak-watak wanita sampingan lain yang merupakan wanita yang kuat dan tabah dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan dalam kehidupan. Novel ini mengetengahkan pengalaman sebenar yang dilalui oleh kaum wanita dalam masyarakat. Kajian ini melihat watak-watak wanita di dalam karya dari perspektif ginokritik yang dikemukakan oleh Elaine Showalter. Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai psikologi iaitu melihat perwatakan jiwa wanita dan budaya iaitu melihat kesatuan wanita yang membentuk hubungan yang kuat antara wanita. Hasil kajian mendapati bahawa keunggulan wanita dapat dilihat melalui novel Aminah Mokhtar ini sifat kuat dan tabah dalam menghadapi dan menempuhi ujian hidup terutamanya dalam kehidupan kini yang didominasi oleh kaum lelaki.

Kata kunci: Cabaran, Ginokritik, Pengalaman, Penglibatan, Wanita.

 

ABSTRACT

 

Bidadari by Aminah Mokhtar was published from Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) in 2016. Aminah Mokhtar is a novelist  that always raising the issues of women in her novels. Bidadari is one of her novel. This novel is raising the issues faced by women in facing life beside their career. This novel contains 563 pages, showed the life of the main character, a young girl named Jehan and the others side character who are strong and persistent women in facing the challenges and predictions of life. This novel focused on the real experience that were facing by the women in our society. The study shows the character of women in this novel from a Gynocritics  perspective encountered by Elaine Showalter. Among the topic discussed a psychology is to look at characteristics of women and culture as to see the union of women who form strong relationships between women. The findings show that the superiority of women can be seen through Aminah Mokhtar’s novel is strong and persistent in facing and undergoing life tests especially in today’s predominantly life.

Keywords: Challenges, Experience, Gynocritic, Participants, Women.

Published
2019-10-13
How to Cite
Nordin, N. S. A., & Che Ya, C. A. (2019, October 13). Watak Wanita Dalam Bidadari Dari Perspektif Ginokritik: Penelitian Psikologi Dan Budaya. Jurnal Wacana Sarjana, 2(4), 1 - 10. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/187