Adaptasi Budaya Pelajar Perempuan Islam Antarabangsa Di Universiti Kebangsaan Malaysia

(Cultural Adaptation of Female Muslim International Student in National University of Malaysia)

  • Nurul Syahidah Ahmad UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  • Abdul Latiff Ahmad UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Keywords: Proses Akulturasi, Proses Asimilasi, Model Lekuk-U, Pelajar Perempuan Islam Antarabangsa, Faktor Tarikan

Abstract

Dapatan kajian juga harus dikongsi dengan mengenalpasti bagaimana proses akulturasi atau asimilasi berlaku terhadap pelajar perempuan Islam antarabangsa di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang melanjutkan pengajian mereka dalam bidang sarjana muda, sarjana dan PHD. Kajian ini juga mengkhususkan hanya kepada proses adaptasi budaya dengan menggunakan Model Lekuk-U oleh Lysgaard (1955). Kajian ini ingin menghurai kesan penghijrahan yang berlaku oleh pelajar perempuan Islam antarabangsa sepanjang mengadaptasi diri mereka dengan budaya baru dan apakah faktor tarikan pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pengajian di Malaysia. Kajian ini turut dilaksanakan menggunakan kaedah temubual sekaligus mengenalpasti para pelajar antarabangsa melalui fasa adaptasi budaya sebagai seorang perempuan Islam. Antara hasil dapatan kajian mendapati bahawa wanita-wanita ini telah berjaya mengharungi segala cabaran dan berjaya mengadaptasikan diri di Malaysia. Mereka juga melalui kejutan budaya serta menempuhi cabaran untuk mengadaptasi namun mereka mampu mengatasinya. Mereka mempercayai bahawa agama membantu mereka dapat mengadaptasikan diri mereka di sini.

Kata kunci: Proses Akulturasi, Proses Asimilasi, Model Lekuk-U, Pelajar Perempuan Islam Antarabangsa, Faktor Tarikan.

 

ABSTRACT

 

This research aims to identify how the process of acculturation or assimilation occurs among female Muslim international students who are furthering n heir studies in the National University of Malaysia (UKM). This research also focused on the cultural adaptation process using Lysgaard’s (1995) U-Curve Model. This research sought to elaborate on the effects of migration on female Muslim international students as they adapt to new cultures and the factors that draw international students in furthering their studies in Malaysia. This research was conducted using in depth interviews identifying what international students going through within the cultural adaptation phase as a Muslim woman. Among the key findings from the research states that these women managed to endure all the challenges and succeeded in adapting themselves in Malaysia. They do go through cultural shock and find difficulties to adapt however they managed. They believe that religion helps for them to adapt themselves here.

Keywords: Process of Acculturation, Process of Assimilation, U-Curve Model, Female Muslim International Student, Attraction Factors

Published
2019-10-14
How to Cite
Ahmad, N. S., & Ahmad, A. L. (2019, October 14). Adaptasi Budaya Pelajar Perempuan Islam Antarabangsa Di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 2(4), 1 - 9. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/193