Meneroka Tekanan Kerja dalam Kalangan Kakitangan di Institusi Pemulihan Juvana

(Exploring Work-Related Stress among Staff in a Juvenile Correctional Institution)

  • Ainur Shamsudin Pusat Kesejahteraan Manusia dan Masyarakat Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nazirah Hassan Pusat Kesejahteraan Manusia dan Masyarakat Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: tekanan kakitangan, faktor tekanan, tekanan institusi pemulihan, pemulihan juvana, tekanan di tempat kerja

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka tekanan di tempat kerja yang dihadapi oleh kakitangan di sebuah institusi pemulihan juvana. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor peribadi dan tempat kerja yang menyumbang kepada masalah tekanan. Selain itu, kajian ini juga dilakukan untuk meneroka keperluan fizikal dan sosial yang diperlukan oleh kakitangan untuk menangani masalah tekanan di tempat kerja. Rekabentuk yang telah digunakan dalam kajian ini adalah kaedah campuran yang menggabungkan data kuantitatif dan kualitatif. Kajian ini telah dijalankan kepada 8 orang informan berusia antara 30 dan 50 tahun. Kesemua informan telah menjawab soal selidik Workplace Stress Survey 1998 yang diperkenalkan oleh American Intitutional of Stress (AIS) dan ditemubual secara berasingan. Data kuantitatif yang telah diperoleh dianalisis secara deskriptif menggunakan program Statistical Package for Social Sciences. Keputusan yang diperolehi menunjukkan bahawa tahap tekanan yang dihadapi oleh majoriti informan masih lagi terkawal. Namun, keputusan data kualitatif mendapati bahawa faktor-faktor seperti masalah peribadi dan keluarga, sikap pelatih juvana dan faktor persekitaran institusi pemulihan menyumbang kepada masalah tekanan kakitangan. Informan turut mengenalpasti beberapa elemen yang perlu ditambahbaik bagi keperluan membantu mengurangkan tekanan yang dialami oleh kakitangan di institusi pemulihan juvana.

ABSTRACT

 

The objective of this research is to examine work-related stress among staff members in a juvenile correctional institutions staff. It explores causal factors contribute to stress, including personal factors and workplace environments. Furthermore, the study also explores physical and social needs required by staff members to overcome stress in the workplace. A mixed method design was used by combining quantitative and qualitative approaches. A total of 8 informants aged between 30 and 50 years were involved in this research. All informants completed the Workplace Stress Survey 1998 instrument that developed by the American Institutional of Stress (AIS) and interviews were carried out afterward. Quantitative data were analyzed using the Statistical Package for Social Science (SPSS) tool. The quantitative findings showed that stress levels among staff members were under control. Nonetheless, informants agreed that factors such as personal and family problems, attitude of young offenders in the institution, and institutional environments contributed to high levels of stress. Informants also identified elements to be improved in order to reduce their stress levels.

 

Published
2019-06-30
How to Cite
Shamsudin, A., & Hassan, N. (2019, June 30). Meneroka Tekanan Kerja dalam Kalangan Kakitangan di Institusi Pemulihan Juvana. Jurnal Wacana Sarjana, 3(2), 1-13. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/229