Kesedaran Orang Awam terhadap Penggunaan Aplikasi Save Me 999 Polis

(Public Awareness on the Usage of Save Me 999 Police Apps)

  • Lim Eng Yin Pusat Kajian Impak Media dan Industri Kreatif, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Muhammad Adnan Pitchan Pusat Kajian Impak Media dan Industri Kreatif, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Aplikasi Save Me 999 Polis, kesedaran, dalam talian, perkhidmatan kecemasan, PDRM

Abstract

Mulai 1 Oktober 2007, talian kecemasan 999 telah diperkenalkan kepada masyarakat Malaysia dengan menggabungkan semua nombor kecemasan iaitu 991, 994 dan 999 ke dalam satu nombor kecemasan bagi mengintegrasikan pengurusan data, bilangan kekuatan agensi dan penggunaan sistem yang bersepadu bagi meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan kecemasan di antara agensi dengan satu prosedur dan tatacara perkhidmatan yang seragam bertepatan dengan hasrat kerajaan melalui motto “Satu Malaysia satu Nombor”. Kini, sebuah aplikasi telefon pintar telah dibentuk oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi keselamatan lain untuk membekalkan perkhidmatan kecemasan dalam talian kepada orang awam iaitu aplikasi Save Me 999 Polis. Oleh itu, kajian ini ingin melihat kesedaran orang awam terhadap penggunaan aplikasi Save Me 999 Polis dan mengumpulkan cadangan mengenai penambahbaikan aplikasi Save Me 999 Polis. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif di mana seramai 15 orang informan telah ditemu bual melalui teknik kumpulan fokus. Hasil kajian menunjukkan bahawa kesedaran informan terhadap penggunaan aplikasi Save Me 999 Polis masih berada di tahap yang rendah. Selain itu, hasil dapatan juga menerima beberapa cadangan yang dikemukakan oleh informan kepada pihak kerajaan mengenai penggunaan aplikasi Save Me 999 Polis seperti mengiklankan aplikasi Save Me 999 Polis di rancangan berita dalam televisyen serta melalui siaran radio dan melalui pengiklanan dalam pengangkutan awam untuk mewujudkan kesedaran yang lebih tinggi terhadap aplikasi ini.

ABSTRACT

From October 1, 2007, the 999 emergency line was introduced to the Malaysian community by combining all emergency numbers of 991, 994 and 999 into an emergency number to integrate data management, number of agency strengths and integrated system usage to improve the emergency service delivery between the agencies and uniform service procedure coincides with the government's intention through the motto of "One Malaysia One Number". Recently, a smartphone app was launched by the Royal Malaysian Police (PDRM) together with other security agencies to provide an online emergency services to the public which is the Save Me 999 Police app. Therefore, this study seeks to look at the public's awareness of the usage of the Save Me 999 Police app and gather proposals on the enhancement of the Save Me 999 Police app. This study uses a qualitative method where 15 informants have been interviewed through focus group techniques. The results show that informants' awareness of the use of Save Me 999 Police is still low. In addition, the findings also received some suggestions submitted by informants to the government on the usage of Save Me 999 Police apps such as advertising the Save Me 999 Police application on television news programs as well as through radio broadcasts and through public transport advertising to create more awareness high on this application.

Keyword: Save me 999 police app, awareness, online, emergency service, Royal Malaysian Police (PDRM)

 

 

Published
2019-06-30
How to Cite
Eng Yin, L., & Pitchan, M. A. (2019, June 30). Kesedaran Orang Awam terhadap Penggunaan Aplikasi Save Me 999 Polis. Jurnal Wacana Sarjana, 3(2), 1-9. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/239