Pembentukan Penjenamaan Diri melalui Komunikasi Maya di Instagram oleh Selebriti Wanita Malaysia

(Formation of the Self-Branding through Online Communication in Instagram by Malaysian Female Celebrities)

  • Mohammed Faizal Mohd Nor Al Kamarudd Pusat Kajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Univerisiti Kebangsaan Malaysia
  • Abdul Latiff Ahmad Pusat Kajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Univerisiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Instagram, penjenamaan diri, selebriti, pembingkaian, media baru

Abstract

Instagram berjaya mewujudkan ruang dalam aktiviti penjenaaman diri kepada selebriti wanita Malaysia untuk kekal popular kerana ianya lebih efektif berbanding dengan media tradisional. Proses pembentukan imej peribadi berlaku terlalu pantas merentasi dunia maya menjadikan media sosial sebagai pilihan utama pada masa kini dalam penyebaran maklumat. Trend kepenggunaan Instagram pula memainkan peranan penting dalam aktiviti penonjolan diri di antara pengguna yang membawa kepada pelbagai persoalan terhadap teknik yang dilakukan oleh pengguna seperti selebriti untuk menjadikan diri mereka sentiasa ditumpu oleh pengguna yang lain. Berlandaskan teori pembingkaian, pembentukan jenama diri dapat dilihat dengan lebih teliti melalui matlamat yang dibawa oleh setiap selebriti dalam mempengaruhi dan meraih perhatian para netizen terhadap perkongsian mereka. Kajian ini dijalankan ke atas akaun Instagram milik lima orang selebriti wanita popular dengan menggunakan kaedah analisis kandungan untuk mengenalpasti sejauh mana pembentukan penjenaaman diri ini dipasarkan oleh mereka di akaun sosial masing-masing. Hasil kajian ini tertumpu jenis pembingkaian dalam penjenamaan diri selebriti wanita Malaysia yang digunakan dalam setiap perkongsian mereka dan ternyata ianya masih jelas menunjukkan bahawa teori ini masih relevan untuk digunakan dalam konteks media baru. Selebriti-selebriti ini lebih menekankan elemen kendiri dan pembingkaian minat insani serta pembingkaian kesan ekonomi dalam pembentukan imej mereka. Akhir sekali, kajian ini mempunyai potensi dalam melahirkan kualiti kandungan yang lebih baik dalam aktiviti penjenamaan diri terhadap sesebuah jenama dan juga meningkatkan lagi kemahiran berkomunikasi secara maya dalam kalangan pengguna media sosial.

ABSTRACT

Instagram opens up a medium in self-branding activities to Malaysian female celebrities to remain their popularity as it is more effective than traditional media. The process of personal image creation takes place quickly across the virtual world that makes social media the ultimate choice today in the dissemination of information. The consumerism trend of Instagram plays an important role in self-promoting activities among consumers that lead to various questions about the techniques practised by consumers such as celebrities to make themselves constantly focused on other users. Based on the framing theory, self-branding can be seen more thoroughly through the goals brought by every celebrity in influencing and gaining the attention of netizens towards their social life. This study was conducted on the Instagram account of five popular female celebrities by using content analysis methods to identify the extent to which this self-branding is marketed by them on social media. The results of this study are focused on the types of framing in Malaysian female celebrities branding used in their contents and it is still evident that this theory is still relevant for use in the context of the new media. These celebrities are emphasizing the self-element and the framing of human interest as well as framing the economic consequences in their image formation. Finally, this study has the potential to create better quality content in branding activities on a brand and also enhancing virtual communication skills amongst social media users.
Keywords: Instagram, self-branding, celebrity, popular, framing, new media

Published
2019-06-30
How to Cite
Mohd Nor Al Kamarudd, M. F., & Ahmad, A. L. (2019, June 30). Pembentukan Penjenamaan Diri melalui Komunikasi Maya di Instagram oleh Selebriti Wanita Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 3(2), 1-11. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/240