Hubungan Kakitangan-Pelatih dan Tingkah Laku Agresif: Satu Kajian Tinjauan di Sebuah Institusi Pemulihan Juvana

(Staff-Inmate Relationship and Aggressive Behavior: A Survey Study in A Juvenile Correctional Institution)

  • Laila Nasuha Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM
  • Nazirah Hassan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM
Keywords: hubungan kakitangan-pelatih, tingkah laku agresif, pelatih juvana, delinkuensi juvana, institusi pemulihan juvana

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji penularan tingkah laku agresif dalam kalangan pelatih juvana di sebuah institusi pemulihan juvana di Kuala Lumpur. Kajian ini memberi penekanan tentang sejauhmana hubungan kakitangan-pelatih menyumbang kepada tingkahlaku agresif dalam kalangan pelatih. Kajian ini melibatkan 66 orang responden yang dipilih secara rawak. Dua instrumen telah digunakan iaitu Measuring the Quality of Prison Life (MQPL) dan Buss and Perry Aggression Questionnaire (1992). Data kajian yang dikumpul telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Hasil analisis mendapati bahawa majoriti pelatih yang melaporkan tahap tingkah laku agresif dan tahap hubungan kakitangan-pelatih berada pada tahap yang sederhana. Namun, hasil analisis menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara hubungan kakitangan-pelatih dan tingkah laku agresif pelatih juvana. Hal menunjukkan bahawa keadaan di dalam pusat pemulihan juvana mampu mewujudkan tingkah laku agresif dan hubungan antara kakitangan dan pelatih menyumbang kepada peningkatan tingkahlaku tersebut. Kajian ini mencadangkan penambahbaikan institusi pemulihan dengan mengambil kira aspek-aspek hubungan sosial.
Kata kunci: hubungan kakitangan-pelatih, tingkah laku agresif, pelatih juvana, delinkuensi juvana, institusi pemulihan juvana.

ABSTRACT

The purpose of this study is to investigate the prevalence of aggressive behaviour among young inmates in a juvenile correctional institution in Kuala Lumpur. It emphasizes on how staff-inmate relationship relates to aggressive behaviour among young inmates. This research involved 66 respondents that randomly selected. Two instruments have been used, including the Measuring the Quality of Prison Life (MQPL) and the Buss and Perry Aggression Questionnaire (BPAQ). Data were analysed using the Statistical Package for Social Science (SPSS). The findings of the study show that young inmates reported moderate level of aggressive behavior as well as staff-inmate relationship. In fact, study reports significant relationship between staff-inmate relationship and aggressive behavior. This reveals that the institutional environment may contribute to aggression and the relationship between staff members and inmates escalates aggressive behavior in inmates. This study suggests improvement for juvenile correctional institutions by concerning on social relationship aspects.
Keywords: juveniles, staff-inmate relationship, aggressive behavior, juvenile delinquency, juvenile correctional institution

Published
2020-04-25
How to Cite
Nasuha, L., & Hassan, N. (2020, April 25). Hubungan Kakitangan-Pelatih dan Tingkah Laku Agresif: Satu Kajian Tinjauan di Sebuah Institusi Pemulihan Juvana. Jurnal Wacana Sarjana, 4(1), 1-12. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/243