Persepsi Masyarakat dan Pesakit Terhadap Kesihatan Mental

(Society and Patients’ Perception on Mental Health)

  • Nor ‘Aina Fariha Haji Talib Pusat Kesejahteraan Manusia dan Masyarakat Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Hilwa Abdullah @ Mohd. Nor Pusat Kesejahteraan Manusia dan Masyarakat, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Tahap kesihatan umum, persepsi dan penerimaan, tahap kefahaman, pengetahuan masyarakat

Abstract

Isu kesihatan mental bukanlah suatu isu yang asing. Namun, persepsi dan penerimaan masyarakat terhadap kesihatan mental berkaitrapat dengan tahap kefahaman dan pengetahuan mereka dalam isu ini. Merujuk kepada Kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan (NHMS) pada tahun 2015, terdapat peningkatan dalam isu masalah mental dalam kalangan kanak-kanak, remaja dan golongan dewasa berbanding tahun 2011. Antara masalah yang dilaporkan ialah ideasi membunuh, rancangan membunuh diri, kemurungan, kebimbangan dan stres. Kajian ini membincangkan mengenai persepsi masyarakat dan pesakit terhadap kesihatan mental di mana ianya dijalankan dalam kalangan 40 orang pelajar Universiti Malaysia Pahang, Kuantan dan 60 orang lagi dalam kalangan masyarakat di Bandar Chini, Pahang. Tujuan kajian ini ialah untuk mengukur tahap kesihatan masyarakat secara umumnya kemudian menganalisis stigma dan persepsi mereka terhadap isu kesihatan mental. Alat pengukuran yang digunakan bagi mengukur status kesihatan umum responden ialah The General Health Questionnaire (GHQ-12). Manakala, Community Attitudes Towards Mentally Ill (CAMI Scale) 40 item pula digunakan untuk melihat sikap masyarakat terhadap penyakit mental. Kajian ini menggunakan analisis data Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Ujian-T digunakan untuk menganalisis ciri-ciri dengan dua pilihan jawapan contohnya jantina demografi responden. Sementara analisis Anova satu hala digunakan dalam kategori lebih daripada dua pilihan jawapan contohnya bangsa responden. Kesimpulannya, kajian ini adalah untuk mengukur kesihatan umum responden dan melihat bagaimanakah persepsi masyarakat dan pesakit sendiri terhadap isu berkaitan kesihatan mental.
 

ABSTRACT

The issue of mental health is a common issue. However, people's perceptions and acceptance of mental health are closely linked to their understanding and knowledge in this issue. Referring to the National Health Morbidity Survey (NHMS) in 2015, there has been an increase in the issue of mental disorders in children, adolescents and adults compared to 2011. The problems reported are killings, suicidal plans, depression, anxiety and stress. This study discusses the perception of the community and the patient on mental health which is chosen among 40 students of Universiti Malaysia Pahang, Kuantan and 60 others in the community in Bandar Chini, Pahang. The purpose of this study is to measure the level of public health in general and then analyze their stigma and perceptions on mental health issues. Measurement tools used to measure the general health status of the respondents are The General Health Questionnaire (GHQ-12). Meanwhile, the Community Attitudes Towards Mentally Ill (CAMI Scale) 40 items are used to study people's attitudes towards mental illness. This study uses Statistical Package for Social Sciences (SPSS) data analysis. T-test is used to analyze characteristics with two answer options such as respondent's demographic gender. While one-way Anova analysis is used in the category of more than two choice options for example the respondent's race. In conclusion, this study is to measure the general health of the respondents and the people with problems itself towards the issue related to mental health.
Keywords: General health, perception and acceptance levels, level of understanding and community knowledge.

 

Published
2020-04-26
How to Cite
Haji Talib, N. ‘Aina F., & Abdullah @ Mohd. Nor, H. (2020, April 26). Persepsi Masyarakat dan Pesakit Terhadap Kesihatan Mental. Jurnal Wacana Sarjana, 4(1), 1 -13. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/261