Faktor Yang Mempengaruhi Kematian Akibat Bencana Alam: Satu Bukti Dari Negara-Negara Maju Dan Membangun

  • Nanthini A/P N. Baniear Salvam
  • Jaharudin Padli

Abstract

ABSTRAK

 

Bencana alam telah menjadi penyebab yang buruk terhadap pertumbuhan negara dari sudut ekonomi. Bencana alam mempunyai kesan yang menyeluruh bukan sahaja kepada rakyat tetapi juga kepada ekonomi negara. Data yang diperolehi dari Centre for Research on the Epidemiology of Disasters (CRED) mendapati bahawa terdapat trend kenaikan bencana alam setiap tahun dalam tempoh 54 tahun yang lalu. Terdapat banyak jenis bencana alam tetapi dalam kajian ini akan memfokuskan kepada 4 jenis bencana alam. Antara bencana alam yang paling kerap berlaku didunia ialah gempa bumi, banjir, kemarau dan suhu yang melampau. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk menyiasat kesan sistem kewangan dan pembangunan ekonomi terhadap kemusnahan bencana alam dari tahun 1960 hingga 2014. Pembolehubah yang digunakan ialah  keluaran dalam negara kasar per kapita (rgdpc),gunatenaga (emp),  sistem kewangan (m2), modal insan (hc), buruh (labor), perbelanjaan kerajaan (govexp), kepadatan penduduk (popdensity), pelaburan (invest) dan keluasan kawasan tanah (land_area). Kajian ini telah menggunakan kaedah data panel bagi negara maju dan negara sedang membangun. Hasil kajian menunjukkan bahawa sistem kewangan mempunyai hubungan positif therhadap kemusnahan yang berlaku disebabkan oleh bencana alam.

 

Kata kunci: Bencana Alam, Sistem Kewangan, Panel Data, Negara Membangun dan Negara sedang Mambangun, Kewangan

 

 

ABSTRACT

 

Natural disaster had become a tremendous reason for a country growth economically. Natural disaster has a huge impact not only on people but as well as the economics of the country. According to the data found from Centre for Research on the Epidemiology of Disasters (CRED) there is rising trend of natural disasters for the past 54 years. There is numerous natural disasters but in this study four natural disasters will be mainly focused. Among the most frequent natural disaster event is earthquake, flood, drought and extreme temperature. Thus, the purpose of the study is to investigate the impact of financial system and economic development on natural disaster damages from year 1960 to 2014. The variable used in this study is gross domestic product per capita, employment, money supply, human capital, labor, government expenditure, population density, gross fix formation and land area. In this study panel data method is applied for developed and developing countries. The result of this study is the financial system has a positive relationship toward the damage occur because of the natural disasters.

 

Keywords: Natural Disasters, Monetary Supply, Panel Data, Developed and Developing Countries, Finance

Published
2017-12-30
How to Cite
Salvam, N. A. N. B., & Padli, J. (2017, December 30). Faktor Yang Mempengaruhi Kematian Akibat Bencana Alam: Satu Bukti Dari Negara-Negara Maju Dan Membangun. Jurnal Wacana Sarjana, 1(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/27