Pemberitaan Akhbar Kosmo dan Berita Harian: Analisis Kandungan ke atas Berita Siber

(Kosmo and Berita Harian Pattern of Press Release: Content Analysis on Cyber News)

  • Nurul Najihah Azis Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Muhammad Adnan Pitchan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Corak pemberitaan, akhbar, analisis kandungan, pemaparan berita, berita siber

Abstract

Akhbar merupakan salah satu komponen yang berpengaruh dalam membantu masyarakat untuk mendapatkan pelbagai maklumat penting. Ia juga bertindak sebagai wadah untuk rakyat terus memberikan pendapat seperti kebanyakan negara di dunia, akhbar juga merupakan media cetak yang utama di Malaysia dan tergolong di dalam media yang tertua di dunia. Berita yang diterbitkan oleh sesebuah organisasi akhbar juga mempunyai implikasi, kerana berita boleh meluaskan fahaman dan pengaruh kepada pembaca terutamanya yang berhubungkait dengan isu-isu yang berat seperti berita siber. Berita siber merupakan berita yang mengupas isu-isu teknologi internet masa kini dengan pelbagai kes yang pernah dilaporkan. Corak pemberitaan dalam laporan berita memainkan peranan di dalam menentukan kuasa para wartawan semasa menulis sesuatu isu. Kajian ini berobjektif untuk melihat corak pemberitaan akhbar di dalam pemaparan berita siber mengikut pecahan tema yang dinilai. Antara tema yang dinilai ialah kekerapan pemaparan berita, lokaliti berita, ruangan penempatan berita, jumlah perenggan, jenis bahan berita, tujuan berita, kecenderungan berita, dan jenis berita siber.  Kajian ini dijalankan mengikut kaedah kuantitatif yang menggunakan teknik analisis kandungan ke atas akhbar Kosmo dan Berita Harian sepanjang Jun 2018 Hingga November 2018. Hasil Kajian menunjukkan kekerapan pemaparan berita siber mengikut tema yang dinilai. Selain itu, perbandingan mendapati Kosmo lebih kerap memaparkan corak pemberitaan berita siber berbanding Berita Harian.

 

 

ABSTRACT

The newspaper is one of the most influential components in helping the society to obtain a variety of important information. It also serves as a platform for the people to continue to give opinions like most countries in the world, the press is also a major print media in Malaysia and is one of the oldest media in the world. The news published by a press organization also has implications, as news can extend understanding and influence to readers especially those related to issues such as cyber news. Cyber ​​news is a news story about today's internet technology issues with various cases reported. Reporting patterns in news reports play a role in determining the power of journalists while writing issues. This study is aimed to look at the pattern of newspaper coverage in cyber-news exposure according to the breakdown of the theme. Among the themes assessed were the frequency of news exposure, news localities, news placements, paragraphs, news items, news destinations, news trends, and types of cyber news. The study was conducted in quantitative methods using content analysis techniques on the Kosmo press and Berita Harian throughout June 2018 Until November 2018. The results showed that the frequency of cyber-news was observed according to the assessed themes. Additionally, the comparison finds that Kosmo more often displays a pattern of news coverage than Berita Harian.

Keywords: News patterns, newspapers, content analysis, news exposure, cyber ​​news

Published
2019-10-30
How to Cite
Azis, N. N., & Pitchan, M. A. (2019, October 30). Pemberitaan Akhbar Kosmo dan Berita Harian: Analisis Kandungan ke atas Berita Siber. Jurnal Wacana Sarjana, 3(3), 1-13. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/280