Pengurusan Kewangan Usahawan MADA: Kajian Kes di Kubang Pasu, Kedah

(Financial Management of MADA Entrepreneurs: Case Study in Kubang Pasu, Kedah)

  • Alia Shafiqah Zainol Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Zaimah Ramli Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: pengurusan kewangan, pengetahuan, kemahiran, , ikap, sikap, pengalaman usahawan MADA

Abstract

Kegagalan sesetengah usahawan dalam bidang perniagaan berpunca daripada kelemahan pengurusan kewangan dan tahap pengetahuan yang tidak memuaskan mengenai amalan tersebut. Oleh itu, objektif kajian ini adalah mengukur tahap pengurusan kewangan usahawan MADA. Responden kajian ini adalah terdiri daripada 52 orang ahli agropreneur muda di sekitar kawasan Kubang Pasu, Kedah. Analisis statistik deskriptif dan analisis statisitik inferensi digunakan bagi menjawab objektif kajian. Hasil kajian menunjukkan tahap pengurusan kewangan usahawan MADA masih di tahap memberangsangkan. Selain itu, lima faktor tersebut sesetengahnya ada mempengaruhi tahap pengurusan kewangan. Sesetengah usahawan tidak mengaplikasi pengurusan ini dalam perniagaan yang dijalankan melalui pemerhatian ketika kajian dilakukan. Tuntasnya, sesetengah usahawan tidak bersetuju dengan program atau pemerhatian oleh pihak MADA kerana banyak kelemahan dikenalpasti. Bagi memahami dengan lebih lanjut, dapatan ini perlu dilihat semula untuk mengetahui kelemahan dari sudut usahawan atau program yang dianjurkan dan faktor-faktor yang menjurusnya.

Published
2019-10-30
How to Cite
Zainol, A. S., & Ramli, Z. (2019, October 30). Pengurusan Kewangan Usahawan MADA: Kajian Kes di Kubang Pasu, Kedah. Jurnal Wacana Sarjana, 3(4), 1 -10. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/290