Konflik, Penyesuaian Hidup dan Kualiti Perkahwinan pada Awal Usia Perkahwinan

(Conflict, Life Adjustment and Quality of Marriage at The Early Marriage Age)

  • Asila Nur Adlynd Mohd Shukry Pusat Kajian Kesejahteraan Manusia dan Masyarakat, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Siti Marziah Zakaria Pusat Kajian Kesejahteraan Manusia dan Masyarakat, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Kualiti perkahwinan, penyesuaian hidup, konflik perkahwinan, pengurusan konflik, awal usia perkahwinan

Abstract

Kadar kes penceraian semakin meningkat disebabkan oleh kemerosotan kualiti sesebuah perkahwinan dalam kalangan pasangan yang baru berkahwin. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka kualiti sesebuah perkahwinan berasaskan penyesuaian hidup dan konflik-konflik yang dihadapi oleh pasangan pada awal usia sesebuah perkahwinan. Kajian kualitatif ini menggunakan pendekatan fenomenologi dengan penglibatan seramai 11 individu yang baru berkahwin dalam lingkungan sebulan hingga sepuluh tahun sebagai responden kajian dan telah dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan. Kaedah temubual separa berstruktur telah digunakan dalam proses pengumpulan data. Data telah dianalisis menggunakan analisis tematik. Hasil kajian mendapati terdapat 5 tema utama iaitu toleransi, saling memahami, saling melengkapi, kematangan diri dan saling hormat-menghormati. Tema ini telah terbentuk berdasarkan objektif utama kajian iaitu untuk meneroka kualiti sesebuah perkahwinan pada awal usia perkahwinan. Dapatan kajian ini boleh memenuhi keperluan beberapa pihak seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan memantapkan lagi kursus perkahwinan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga boleh merangkakan pelan tindakan bagi meningkatkan kualiti perkahwinan dengan bantuan kajian ini. Kajian ini juga boleh membantu kaunselor untuk membina modul yang bersesuaian dengan isu sekarang bagi menjelaskan dan menyelesaikan konflik perkahwinan supaya dapat meningkatkan kualiti sesebuah perkahwinan dan secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar kes penceraian di Malaysia.

ABSTRACT

The rate of divorce is increasing due to the deterioration of the quality of a marriage among married couples. The objective of this study is to explore the quality of a marriage based on life adjustment and conflicts encountered by the couple at an early age of marriage. This qualitative study uses a phenomenological approach with the involvement of 11 newly married individuals within a month to ten years as the respondents of the study have been chosen through a purposive sampling method. A semi-structured interview method has been used in the data collection process. The data were analyzed using thematic analysis. The findings show that there are five main themes of tolerance, mutual understanding, complementary, maturity of oneself and mutual respect. This theme has been formed based on the main objective of this study, namely to explore the quality of a marriage at the beginning of the marriage age. The findings of this study can cater to the needs of some parties such as Department of Islamic Development Malaysia (JAKIM) by strengthening the course marriage and the Ministry of Women, Family and Community Development can also extend the action to improve the quality of marriage with the help of this study. This study can also assist counselors to develop modules that are relevant to current issues to explain and resolve marriage conflicts in order to enhance the quality of marriage and indirectly reduce the rate of divorce cases in Malaysia.
Keywords: Marriage quality, life adjustment, marital conflict, conflict management, early marriage age

Published
2019-12-31
How to Cite
Mohd Shukry, A. N. A., & Zakaria, S. M. (2019, December 31). Konflik, Penyesuaian Hidup dan Kualiti Perkahwinan pada Awal Usia Perkahwinan. Jurnal Wacana Sarjana, 3(4), 1-16. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/291