Pengaruh Internet Terhadap Pengetahuan dan Kesedaran tentang Autisme dalam Kalangan Dewasa Awal

(Internet Influence on the Knowledge and Awareness of Autism among the Youth)

  • Kaarrtini S Nagarajah Pusat Kajian Kesejahteraan Manusia dan Masyarakat, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Hilwa Abdullah @ Mohd. Nor Pusat Kajian Kesejahteraan Manusia dan Masyarakat, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: autisme, Internet, pengetahuan, kesedaran, dewasa awal

Abstract

Autisme merupakan sejenis kecelaruan neuro tingkahlaku di mana individu autisme mempunyai masalah dalam kognisi, sosio-emosi dan interaksi sosial. Autisme boleh didiagnosis dalam seseorang individu seawal usia 3 tahun. Menurut Pusat Kawalan Penyakit (CDC), terdapat 1 daripada 68 orang kanak-kanak yang mempunyai autisme di USA. Ini bermakna hampir 9,000 kanak-kanak di Malaysia lahir dengan autisme setiap tahun. Di Malaysia, terdapat isu-isu di antara golongan autistik dengan masyarakat Malaysia kerana salah faham. Ini dapat dilihat dengan jelas melalui kes yang berlaku tahun lepas dengan lelaki autistik yang didakwa sebagai mencabul seorang wanita. Ini berlaku hanya sebab mereka tidak mengenali bahawa lelaki tersebut mempunyai autisme. Insiden ini menunjukkan bahawa ramai rakyat Malaysia sama ada mempunyai kefahaman dan pengetahuan yang kurang tentang autisme atau tidak mempunyai pengetahuan langsung tentangnya. Kajian tentang pengetahuan dan kesedaran tentang autisme dilakukan secara berleluasa dari tahun 1980-an. Walau bagaimanapun, berdasarkan kajian literatur yang dilakukan, terdapat tiada kajian yang dilakukan tentang pengaruh Internet terhadap kesedaran autisme terutamanya dalam golongan dewasa awal. Kajian ini melihat kepada faktor demografi bagi kadar penggunaan Internet dan sama ada golongan dewasa awal mempunyai pengetahuan atau kesedaran tentang autisme ataupun tidak. Kajian ini juga meneroka pengaruh Internet dalam aspek meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang autisme. Peserta kajian teridir daripada 285 orang dewasa awal, berumur 19 hingga 29 tahun dari Bangi, Batu Caves dan Senggarang. Melalui kajian ini, pengkaji mengetahui bahawa ramai golongan dewasa awal mempunyai serba sedikit pengetahuan tentang autisme tetapi mempunyai kesedaran yang rendah.

ABSTRACT

Autism is a type of neurobehavioral disorder, whereby an autistic individual has problems in their cognition, socio-emotion and social interaction. Autism can be diagnosed in a child as early as 3 years old. According to the Centers for Disease Control and Prevention (CDC), 1 out of 68 children in the USA have autism. This means about 9,000 children in Malaysia are born with autism every year. In Malaysia, there’s been plenty of issues between the autism community and the public because of misunderstandings. This can be seen clearly through a case that happened last year when an autistic man was charged for molesting a woman. This shows that Malaysian citizens have very less understanding and knowledge on autism or don’t have any knowledge about it at all. Since the 1980s, there have been many researches that have been done regarding the knowledge and awareness of autism. However, based on the literature review that has been done, it was found that there has been no research done about the Internet’s influence on autism awareness especially among the youth. This research will look at the demographic factor on the rate of Internet usage and will also see whether the youth have any knowledge or awareness about autism or not. This research also explores the Internet’s aspect on increasing knowledge and awareness of autism. Therefore, a research involving 285 youth, aged 19 to 29 years old from Bangi, Batu Caves and Senggarang was made. For this research, nonprobability sampling was used whereby the researcher chose snowball sampling to collect the data. Through this research, the researcher found that the youth have little knowldege of autism but don’t have much awareness.
Keywords: autism, Internet, knowledge, awareness, youth

Published
2019-12-31
How to Cite
S Nagarajah, K., & Abdullah @ Mohd. Nor, H. (2019, December 31). Pengaruh Internet Terhadap Pengetahuan dan Kesedaran tentang Autisme dalam Kalangan Dewasa Awal. Jurnal Wacana Sarjana, 3(4), 1-12. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/294