Pengaruh Personaliti terhadap Kebolehsuaian Kerjaya dalam Kalangan Pemimpin Mahasiswa

(The Influence of Personality towards Career Adaptability among Student Leaders)

  • Siti Nurashikin Nizam Pusat Kajian Kesejahteraan Manusia dan Masyarakat, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Wan Shahrazad Wan Sulaiman Pusat Kajian Kesejahteraan Manusia dan Masyarakat, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: personaliti, kebolehsuaian kerjaya, pemimpin, mahasiswa, regresi

Abstract

Alam pekerjaan adalah sebuah dunia yang bukan lagi ditentukan oleh kemampuan dan kebolehan menjawab soalan seperti dalam peperiksaan semata-mata. Malah ianya juga dipengaruhi oleh kehendak peribadi individu, keperluan atau hasrat orang lain iaitu organisasi dan masyarakat, minat, kebolehan serta kemahiran yang dimiliki. Sehubungan dengan itu, kajian ini mengkaji pengaruh personaliti terhadap kebolehsuaian kerjaya dalam kalangan pemimpin mahasiswa UKM. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk survei yang melibatkan seramai 147 orang responden dalam kalangan pemimpin mahasiwa Universiti Kebangsaan Malaysia. Instrumen kajian yang digunakan adalah satu set soal-selidik yang terdiri daripada tiga bahagian iaitu demografi responden, Big Five Inventory (BFI) dan Skala Kebolehsuaian Kerjaya (CAAS). Data yang didapati dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi iaitu korelasi Pearson dan Regresi. Hasil keputusan mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti dan kebolehsuaian kerjaya. Secara kesimpulannya, dapatan ini menunjukkan bahawa personaliti mempengaruhi jenis kebolehsuaian kerjaya dalam kalangan mahasiswa.

ABSTRACT

The nature of work in this world is no longer determined by the ability and skills to answer questions as in the examination. It is also influenced by the individual's personal needs, needs and desires of the organization or society, interests, abilities and skills. In this regard, this study examines the influence of personality on career adaptability among UKM student leaders. This study was conducted using a survey design involving a total of 147 respondents among student leaders of Universiti Kebangsaan Malaysia. The research instrument used was a set of questionnaire consisting of three parts, which were respondent’s demographics, Big Five Inventory (BFI) and Career Adapt-Abilities Scale (CAAS). The data were analysed using descriptive and inferential statistics, such as Pearson correlation and Regression. The results showed that there was a significant relationship between personality career adaptability. In conclusion, this finding showed that personality influences the type of career adaptability among students.
Keywords: personality, career adaptability, leader, student, regression

 

Published
2019-09-30
How to Cite
Nizam, S. N., & Wan Sulaiman, W. S. (2019, September 30). Pengaruh Personaliti terhadap Kebolehsuaian Kerjaya dalam Kalangan Pemimpin Mahasiswa. Jurnal Wacana Sarjana, 3(3), 1 -10. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/299