Valide Sultan: Golongan Harem paling Berpengaruh dalam Pentadbiran Dawlah Cuthmāniyyah

(Valide Sultan: The Most Influential Harem Group in the Administration of Dawlah Cuthmāniyyah)

  • Nurul Syafina Rosman Pusat Kajian Rantau Timur Tengah Dan Nusantara, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Ermy Azziaty Rozali Pusat Kajian Rantau Timur Tengah Dan Nusantara, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Valide sultan, harem, kesultanan wanita, pengurusan wakaf, Dawlah cUthmaniyyah

Abstract

Pengaruh dan campur tangan golongan harem terutamanya valide sultan dalam politik Dawlah cUthmāniyyah membawa kepada satu corak pentadbiran yang berlainan daripada sebelumnya. Keterlibatan mereka telah membawa kepada era ‘kesultanan wanita’ iaitu kuasa dan urusan dawlah berada di bawah pengaruh mereka. Pada ketika itu sultan hanyalah pada nama sahaja tanpa sebarang kekuasaan mutlak dan mereka hanya mengikut segala arahan serta perintah valide sultan. Tumpuan kajian ini adalah kepada pengaruh golongan harem iaitu valide sultan semasa era ‘kesultanan wanita’ pada abad ke-16 dan abad ke-17. Objektif kajian adalah untuk menganalisis bentuk pengaruh valide sultan dalam struktur pentadbiran dawlah cUthmāniyyah. Kajian ini berpandukan kepada kajian kualitatif yang berbentuk kajian sejarah dengan mengaplikasikan kaedah kritikan dalaman. Hasil kajian mendapati bahawa valide sultan mempunyai pengaruh yang besar disebabkan oleh kelemahan para sultan pada ketika itu. Seterusnya situasi ini telah membuka peluang kepada mereka untuk berkuasa dalam beberapa aspek pentadbiran seperti pelantikan sultan, pegawai kerajaan dan pengurusan wakaf.

Published
2019-09-30
How to Cite
Rosman, N. S., & Rozali, E. A. (2019, September 30). Valide Sultan: Golongan Harem paling Berpengaruh dalam Pentadbiran Dawlah Cuthmāniyyah. Jurnal Wacana Sarjana, 3(3), 1 -10. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/302