Stesen Keretapi Kuala Lumpur: Sejarah dan Kesan terhadap Pembangunan Ekonomi Kuala Lumpur (1886-1911)

(Kuala Lumpur Railway Station: History and Effect to the Economic Development of Kuala Lumpur (1886-1911))

  • Muhamad Khaider Bustami Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohamad Rodzi Abd. Razak Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: stesen keretapi, Kuala Lumpur, ekononomi kolonial, perlombongan, pembangunan ekonomi

Abstract

Perusahaan bijih timah berkembang dengan pesat sewaktu pemerintahan Inggeris di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Daripada segi pengeluaran, usaha-usaha Inggeris menyediakan perkhidmatan bantuan seperti pengangkutan dan perhubungan telah menambahkan pengeluaran hasil bumi yang diusahakan oleh Inggeris. Perkembangan pesat pengeluaran bijih timah dan pengenalan sistem keretapi mempunyai hubung kait antara satu sama lain. Eksploitasi bijih timah merupakan sebab utama bagi pembinaan sistem pengangkutan darat dan melalui cukai yang dikenakan ke atas eksport bijih timah, pentadbiran Ingeris memperoleh wang untuk membiayai pembinaan jalan keretapi.Maka,Stesen keretapi Kuala Lumpur telah siap dibina pada tahun 1886 bersamaan dengan jalan keretapi yang pertama di antara Bukit Kuda, Kelang dan Kuala Lumpur telah dibuka pada waktu yang sama. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis kesan pembinaan Stesen Keretapi Kuala Lumpur daripada aspek pembangunan ekonomi di Kuala Lumpur dari 1886 sehingga 1911. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dengan melakukan pendekatan ‘content analysis’ terhadap sumber-sumber primer seperti laporan tahunan, fail-fail dan penyata serta sumber sekunder seperti buku, makalah, kertas kerja dan jurnal. Hasil kajian mendapati bahawa Stesen Keretapi Kuala Lumpur sememangnya memberikan kesan kepada pembangunan ekonomi iaitu kepada perlombongan bijih timah serta pembukaan tanah dan pertanian.

ABSTRACT

The tin company has grown rapidly during British rule in the Federated Malay States. In terms of production, the British's efforts to provide aid services such as transport and communications have increased the production of natural resources. The rapid development of tin ore production and the introduction of railway systems have links to each other. The exploitation of tin ore is a major reason for the construction of land transport systems and through taxes imposed on tin exports, the Ingeris administration has earned money to finance the construction of the railway. Thus, the Kuala Lumpur railway station was completed in 1886 as the first railway between Bukit Kuda, Kelang and Kuala Lumpur was opened at the same time. Therefore, this study aims to analyze the impact of the construction of the Kuala Lumpur Railway Station from the economic development aspect in Kuala Lumpur from 1886 to 1911. This study uses the library method by applying 'content analysis' to primary sources such as annual reports, files and statements and secondary sources such as books, proceeding papers, and journals. The findings show that the Kuala Lumpur Railway Station has had an impact on the economic development of tin mining, land opening and agriculture.
Keywords: railway station, Kuala Lumpur, colobial economy, mining, economic development

Published
2019-06-30
How to Cite
Bustami, M. K., & Abd. Razak, M. R. (2019, June 30). Stesen Keretapi Kuala Lumpur: Sejarah dan Kesan terhadap Pembangunan Ekonomi Kuala Lumpur (1886-1911). Jurnal Wacana Sarjana, 3(2), 1-17. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/304