Penilaian Asean Youth Volunteer Programme (AYVP) 2018 dan Kesannya kepada Pembangunan Diri dan Kesukarelawanan

(Assessing Asean Youth Volunteer Programme (AYVP) 2018 and Their Impact on Personal Development and Volunteerism)

  • Elvina Carmella Bahanang Anak Ungan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Habibah Ahmad Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: belia, kesukarelawanan, jati diri, jpembangunan diri, program kesukarelawanan

Abstract

Belia lazimnya mempunyai semangat dan kesediaan untuk membantu dan ini telah menyumbang pelbagai nilai murni kepada masyarakat serta pembangunan diri. Meskipun penglibatan belia mampu memberi impak kepada pembangunan serta kemajuan diri belia, namun pelaksanaannya sebagai kayu ukur penglibatan belia dalam kesukarelawanan masih lagi terhad. Kertas kerja ini bertujuan untuk menilai perlaksanaan program kesukarelawanan dalam membentuk jati diri dan kesannya kepada pembangunan diri belia. Penilaian program yang menggunakan analisis kandungan melibatkan program yang dijalankan selama 6 tahun iaitu dari tahun 2013 hingga tahun 2018. Hasil kajian merangkumi kandungan seperti tema, aktiviti dan modul yang dijalankan didapati memberi kesan kepada pembangunan diri dan kesukarelawanan. Pembangunan diri belia juga diasuh melalui aktiviti program yang boleh mendukung kemahiran serta melahirkan belia yang berkualiti. Justeru, program kesukarelawanan yang menekankan perkembangan diri belia perlu diteruskan secara mampan.

Kata kunci: belia, kesukarelawanan, jati diri, pembangunan diri, program kesukarelawanan

 

ABSTRACT

 

Youth usually possess the spirit and willingness to help others, and this has contributed various values to the community as well as their personal development. Despite the involvement of youth is capable of give impact to development and self-improvement, its implementation as the    benchmark for the involvement of youth in volunteering is still scarcity.  This paper aims to evaluate the implementation of volunteerism programmes and their impact on the personal development of youth. The evaluation program uses content analysis to uncover the     programme that has been conducted for six years; 2013 - 2018. The results, including the   themes, activities and modules have been found to effectively affecting self-development and volunteering. Youth self-development can be enhanced through activities that can uphold their skills and produce the quality of youth. Hence, volunteer programmes than emphasized the   development of youth   should be continued in a sustainable manner. 

Keywords: youth, volunteerism, identity, self-development, volunteering programme

Published
2020-01-31
How to Cite
Anak Ungan, E. C. B., & Ahmad, H. (2020, January 31). Penilaian Asean Youth Volunteer Programme (AYVP) 2018 dan Kesannya kepada Pembangunan Diri dan Kesukarelawanan. Jurnal Wacana Sarjana, 4(1), 1- 15. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/319