Adaptasi Skrip Ke Pentas: Menunggu Lampu Hijau Karya Hatta Azad Khan

(Adaptations Script To Stage: Waiting For The Green Light by Hatta Azad Khan)

  • Fathin Ezaty Md Sukri, Program Persuratan Melayu Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nur Afifah Vanitha Abdullah Program Persuratan Melayu Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: adaptasi, monodrama, teater, pengarah, Hatta Azad Khan

Abstract

ABSTRAK

Menunggu Lampu Hijau adalah teater yang telah diadaptasikan dari skrip Menunggu Lampu Hijau (2015) karya Hatta Azad Khan. Teater monodrama ini dipersembahkan pada tahun 2018 menjadi fenomena dalam dunia teater negara melalui sambutan yang menggalakkan yang diterima oleh penonton. Kajian ini bertujuan meneliti adaptasi naskah monodrama ini ke pentas. Perbandingan bertujuan meneliti perbezaan dan persamaan di antara skrip dan teater yang telah diadaptasikan. Bagi memperolehi data, reka bentuk kajian kualitatif dirangka dengan kajian perpustakaan sebagaiinstrumen kajian utama. Antara bahan yang digunakan untuk memperolehi data adalah bahan bercetak dan digital, termasuk rakaman teater Monodrama Menunggu Lampu Hijau. Dapatan dalam dalam artikel ini adalah, pengarang telah mengadaptasikan secara terus skrip asal dengan perubahan yang sedikit. Semua aspek dalam babak satu sehingga lapan dikekalkan. Tema, plot dan semua watak dan perwatakan dalam karya dikekal serta ditampilkan sepertimana dalam karya di atas pentas. Adaptasi ini amat setia dengan naskah asalnya disebabkan penulis dan pengarah teater ini adalah individu yang sama.

Kata kunci: adaptasi, monodrama, teater, pengarah, Hatta Azad Khan  

 

ABSTRACT

Menunggu Lampu Hijau is a theatre that has been adapted from the script Menunggu Lampu Hijau work from Hatta Azad Khan. This monodrama theatre performance in 2018 has become a phenomenon in the national theatre world through the overwhelming response received by the audience. This research for the adaptation of this monodrama script to stage. Comparison and equation analyzed based on the theme, plot and character. Comparison for research at the differences and similarities that exist between adapted scripts and theaters. To get data, research design qualitative design with library study as the main research instrument. the materials used to obtain data are printed and digital materials, including recordings of Monodrama theatre Waiting for The Green Light. Insights in this article, the author has directly adapted the original script with a little change. All aspects of round one through eight were retained. Themes, the plot and all the characters and characters in the work are preserved as well as featured in the work on stage. This adaptation is very faithful to its original script because the writer and director of this theatre is the same person.

Keywords: adaptation, monodrama, theatre, director, Hatta Azad Khan

Published
2020-11-30
How to Cite
Md Sukri, F. E., & Abdullah, N. A. V. (2020, November 30). Adaptasi Skrip Ke Pentas: Menunggu Lampu Hijau Karya Hatta Azad Khan. Jurnal Wacana Sarjana, 4(5), 1 - 11. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/367