Kesediaan Kerjaya Dalam Kalangan Pelajar Kerja Sosial

(Career Readiness Among Social Work Students)

  • Nora Sawal Pusat Kajian Kesejahteraan Manusia dan Masyarakat
  • Nor Aini Kasuni Pusat Kajian Kesejahteraan Manusia dan Masyarakat, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Khadijah Alavi Pusat Kajian Kesejahteraan Manusia dan Masyarakat, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: kesediaan, pelajar UKM, alam kerjaya, kompeten, pekerja sosial

Abstract

ABSTRAK

Kesediaan pelajar menempuhi alam pekerjaan sebagai pekerja sosial kompeten wajar dititikberatkan sebelum tamat pengajian di IPTA. Kesediaan kerjaya  boleh meningkatkan kesedaran pengetahuan, kemahiran, minat, potensi dan personaliti sebagai pekerja sosial profesional. Tujuan utama kajian ini adalah meneroka kerjaya pilihan pelajar kerja sosial di UKM bagi mendorong tahap kesediaan kerjaya sebagai pekerja sosial yang kompeten. Kurang kajian lepas mengenai isu peningkatan pemahaman dan kesedaran pelajar dalam bidang pengajian mereka ceburi. Isu ini adalah penting untuk mengelakkan pembaziran guna tenaga dan modal insan negara. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif berpandukan kajian kes. Teknik pengumpulan data kajian melalui temubual berstruktur secara bertulis. 10 orang informan telah dipilih bagi kajian ini dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan (purposive sampling). Lokasi kajian yang dipilih ialah di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi. Data temubual berstruktur dianalisis secara tematik dan hasil kajian mendapati terdapat tiga cabaran utama iaitu pertama, pelajar tidak diberi pendedahan alam pekerjaan pekerja sosial yang sebenar. Kedua, daripada aspek pembangunan personaliti sebagai pekerja sosial, misalnya kemahiran komunikasi, interpersonal dan kerja berpasukan dalam menyelesaikan sesuatu isu dalam individu, kumpulan dan komuniti. Ketiga, motivasi dan laluan kerjaya dalam bidang kerja sosial juga tidak pernah didedahkan kepada pelajar untuk kesediaan sebagai pekerja sosial yang kompeten. Implikasi kajian ini mencadangkan program outreach untuk menghadapi laluan kerjaya pekerja sosial dalam kalangan pelajar UKM perlu diperluaskan dengan membuat lawatan sambil belajar ke luar negara, program penanda aras antara negara Asean dalam kerjaya pekerja sosial. Gabungan pengajaran dan pembelajaran berpandukan teori dan praktis antara UKM dengan agensi kerajaan serta IPTA lain bagi meningkatkan kebolehkerjaan dalam kalangan graduan kerja sosial UKM.

Kata kunci: kesediaan, pelajar UKM, alam kerjaya, kompeten dan pekerja sosial

 

ABSTRACT

Preparation of students to go to work as a competent social worker should be prioritized before graduating from public universities. Preparation in career can increase awareness of knowledge, skills, interests, experience, potential and personality as a professional social worker. The main purpose of this study is to explore the career options of student social work to encourage career readiness level as a social worker competent. Less research on the issue of increasing the understanding and awareness of students in their field of study. This issue is important to avoid wastage of human capital and human capital. This study was conducted using a qualitative approach based on a case study. The data collection techniques were collected through structured interviews in writing of 10 informants selected for this study using a purposive sampling technique. The selected study location was at the Faculty of Social Science and Humanities, UKM Bangi. Structured interview data were analyzed in a thematic way and the findings reveal that there are three main challenges that the first student is not exposed to real social worker employment. Second, from the aspect of personality development as a social worker, such as communication skills, interpersonal and teamwork in solving individual issues. Thirdly, motivation and career paths in social work have never been disclosed to students for willingness as a competent social worker. The implication of this study suggests that outreach programs to cope with the career path of social workers in UKM students need to be expanded by doing overseas study tours, benchmarking programs between ASEAN countries in the career of social workers. The combination of teaching and learning is based on the theory and practice of UKM with government agencies and other IPTAs to enhance workability among UKM social work graduates.

Keywords:  readiness, UKM student, career guidance, competent and social workers

Published
2020-11-30
How to Cite
Sawal, N., Kasuni, N. A., & Alavi, K. (2020, November 30). Kesediaan Kerjaya Dalam Kalangan Pelajar Kerja Sosial. Jurnal Wacana Sarjana, 4(5), 1 - 9. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/368