Adaptasi Pelajar Antarabangsa Jepun di Universiti Kebangsaan Malaysia

  • Wong Ying Shuang
  • Abdul Latiff Ahmad

Abstract

BSTRAK

 

Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk menerokai proses adaptasi antarabudaya pelajar antarabangsa Jepun di Malaysia sewaktu mereka menuntut pelajarannya ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mahupun bagi tempoh masa yang pendek atau panjang. Kajian ini memfokuskan kepada pengalaman adaptasi yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Jepun di Malaysia dan cara hidup seorang pelajar antarabangsa di negara luar yang mempunyai perbezaan budaya dengan budaya asalnya. Model Lekuk U yang diasaskan oleh Lysgaard (1995) telah dijadikan sebagai panduan bagi melihat gambaran yang lebih jelas tentang pengadaptasian budaya yang dilaksanakan oleh pelajar Jepun dengan menekankan kepada beberapa elemen utama. Antaranya ialah fasa bulan madu, fasa kejutan budaya, fasa resolusi atau tahap penyesuaian serta fasa penerimaan dan integrasi. Seramai tujuh orang pelajar Jepun yang sedang menuntut pelajarannya di UKM telah dipilih untuk menjalankan sesi temua bual dan semua data linguistik telah ditranskripsikan. Hasil kajian mendapati bahawa fasa bulan madu tidak dilalui oleh pelajar-eplajar Jepun dan teurs dilangkau ke fasa kejutan budaya di mana mereka mulai menghadapi masalah atau cabaran dalam kehidupan atas ketidaksamaan kebiasaan kehidupan. Antara cabaran yang utama adalah isu bahasa dan diikuti dengan masalah dalam aspek pakaian, cuaca, makanan dan sistem pengangkutan awam. Walau bagaimanapun, mereka tetap menganggapnya sebagai satu pengalaman yang menarik dan ramai daripada mereka mengatakan bahawa mereka mesti akan datang semula ke Malaysia pada masa depan.

 

Kata kunci: Proses Pengadaptasian, Model Lekuk U, Pelajar Antarabangsa, Jepun, Malaysia

 

ABSTRACT

 

The aim of this study is to understand the process of intercultural adaptation that occur among the Japanese international students in Malaysia while they studied in the The National University of Malaysia (UKM). This study focuses on the adaptation experience of the Japanese students and also the challenges they faced as students from a very different culture. U-Curve Model founded by Lysgaard (1995) was used to form a clearer picture about cultural adaptation undertaken by the Japanese students with an emphasis on some key elements such as honeymoon phase, culture shock phase, resolution phase and the integration phase. The study was carried out using individual interview of a total of seven Japanese students and the data was transcripted. The results showed that the students did not pass through the honeymoon phase and instead undergo the culture shock phase where they started facing problems and the most significance problem was the issue of language and followed by clothes, weather, food and public transport systems. However, they appreciated the interesting experience and many of them claimed that they will come back to Malaysia in the future.

 

Keywords: Adaptation Process, U-Curve Model, International Students, Japan, Malaysia

Published
2017-12-30
How to Cite
Shuang, W. Y., & Ahmad, A. L. (2017, December 30). Adaptasi Pelajar Antarabangsa Jepun di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 1(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/38