Dasar Sunshine Korea Selatan-Korea Utara: Satu penelitian

  • Nur Shuhadah Adiela Md Khadri
  • Sharifah Nursyahidah Syed Annuar

Abstract

ABSTRAK

 

 Dasar Sunshine merupakan sebuah dasar pembabitan yang digunakan oleh kerajaan Korea Selatan dalam usaha untuk membaiki hubungannya dengan Korea Utara. Dasar ini telah diimplementasikan sewaktu pemerintahan Kim Dae Jung (1998-2003) dan Roh Moo Hyun (2003-2008). Konsep asas dasar ini adalah berdasarkan sebuah cerita dongeng berkaitan dengan angin dan matahari. Tujuan utama dasar ini adalah untuk meminimakan konflik yang dihadapi oleh kedua buah negara dan meningkatkan kerjasama antara negara korea. Terdapat tiga prinsip utama di bawah dasar ini iaitu 1) pihak Korea Selatan tidak akan berkompromi terhadap provokasi ketenteraan oleh pihak Korea Utara, 2) pihak Korea Selatan tidak akan menyerap masuk Korea Utara sebagai langkah penyatuan, 3) pihak Korea Selatan akan secara aktif mempromosi perdamaian dan kerjasama antara Korea. Sepanjang pelaksanaan dasar Sunshine ini pelbagai kejayaan yang telah berjaya dicapai. Antaranya adalah sidang kemuncak antara Korea pada tahun 2000 dan 2007, kerjasama ekonomi antara Korea yang telah menghasilkan faedah kepada kedua-dua buah negara, dan  perjumpaan keluarga yang terpisah turut dijalankan. Pada masa yang sama juga, menerusi dasar ini juga, Korea Utara berjaya membaiki hubungan dengan negara-negara lain seperti Jepun dan Amerika Syarikat dengan bantuan Korea Selatan. Namun, selepas 10 tahun pengimplementasian dasar ini, pada tahun 2008 di bawah pemerintahan Lee Myung Bak, dasar ini telah dimansuhkan dan digantikan dengan sebuah dasar yang lebih ‘keras’.

 

ABSTRACT

The Sunshine Policy is the policy of South Korea towards North Korea during Kim Dae Jung and Roh Moo Hyun presidency. The term "Sunshine Policy" was originated from one of Aesop's fables, "The North Wind and the Sun," as the policy aimed for loosening containment on North Korea, embracing North Korea, and eventually making the North Korean government to denuclearize by itself. To meet these policy objectives, the South Korean government has established three principles to its North Korea policy which are as follows: 1) it will not tolerate any armed provocation that will destroy peace, 2) it will not attempt to seek unification by absorbing North Korea nor harm North Korea and 3) it will actively promote reconciliation and cooperation between the two Koreas. As a result, a historic inter-Korean summit meeting took place for the first time in 55 years, separated families of South and North Korea met, and a framework for inter-Korean economic cooperation that can provide practical benefits to both Koreas was found. In addition, by assisting North Korea to expand its participation in the international community and improve relations with neighbouring countries, a foundation for tension reduction and establishment of peace on the Korean peninsula took shape. However, in 2008 during Lee Myung Bak’s presidency, he has stopped using the policy and replaced it with a ‘hard line' policy.

 

Kata kunci: Dasar Sunshine, dasar pembabitan (engagement policy), penyatuan, semenanjung Korea, keamanan.

Published
2017-12-30
How to Cite
Md Khadri, N. S. A., & Syed Annuar, S. N. (2017, December 30). Dasar Sunshine Korea Selatan-Korea Utara: Satu penelitian. Jurnal Wacana Sarjana, 1(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/40