Fenomena Berbahasa Generasi Y : Satu Kajian dalam Novel Awek Chuck Taylor

  • NorFaiszah Binti Arbain
  • Sa’adiah Ma’alip

Abstract

ABSTRAK

Kajian ini merupakan antara salah satu kajian dalam bidang sosiolinguistik. Fenomena penggunaan bahasa slanga semakin berleluasa sama ada dalam bentuk lisan mahupun tulisan. Pengkaji mengambil inisiatif untuk menjalankan kajian bahasa slanga dalam betuk tulisan terutamanya dalam novel Melayu remaja. Tumpuan kajian adalah terhadap penggunaan bahasa slanga yang terdapat dalam novel Awek Chuck Taylor. Antara aspek yang dibincangkan dalam kajian ini ialah meneliti jenis-jenis kata bagi istilah slanga yang digunakan dalam novel, menganalisis kekerapan penggunaan istilah, meninjau kesan-kesan daripada penggunaan bahasa slanga dalam novel serta menyatakan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi fenomena penggunaan bahasa slanga dalam novel. Seterusnya, dari segi pendekatan kajian pula, pengkaji telah menggunakan pelbagai kaedah seperti kajian kepustakaan, kaedah analisis kandungan dan perbincangan untuk memperolehi data yang dikehendaki. Dari segi analisis kajian pula, secara keseluruhannya pengkaji mendapati penulis novel, Nami Cob Nobbler banyak menggunakan istilah slanga dalam hasil karyanya iaitu novel Awek Chuck Taylor. Oleh hal yang demikan, langkah-langkah yang berkesan bagi mengatasi gejala penggunaan bahasa slanga dalam novel ini telah dinyatakan dalam kajian ini.

Kata Kunci : sosiolinguistik, bahasa,remaja, novel, slanga

Published
2017-12-30
How to Cite
Arbain, N. B., & Ma’alip, S. (2017, December 30). Fenomena Berbahasa Generasi Y : Satu Kajian dalam Novel Awek Chuck Taylor. Jurnal Wacana Sarjana, 1(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/47